KOS GUAMAN DALAM URUSAN JUAL-BELI RUMAH

  Рет қаралды 3,512

HartanahdanAnda

HartanahdanAnda

3 жыл бұрын

KOS "LEGAL FEES & DISBURSEMENT" YANG PERLU DITANGGUNG OLEH PEMBELI DALAM TRANSAKSI JUAL-BELI RUMAH 💰
Coach selalu mendengar "keluhan" yang disuarakan oleh bakal-bakal Pembeli yang tidak faham kenapa mereka perlu bayar yuran guaman dan juga kos "disbursement" kepada peguam ketika mereka membeli rumah.
Ya, memang terdapat kos sampingan lain yang perlu dibayar oleh pembeli yang dibilkan atau dicaj oleh peguam yang juga dikenali sebagai "disbursement charges".
Seperti yang Coach pernah terangkan sebelum ini, memang fi guaman bagi urusan pindah milik hartanah adalah tertakluk kepada "scale fee" di bawah Solicitor's Remuneration Order yang ditetapkan oleh Majlis Peguam dan Peguam tak boleh caj sesuka hati.
Namun demikian, pembeli selaku anakguam atau client perlu membayar juga 'kos-kos sampingan' seperti kos pengangkutan, kos printing, photocopy, stamping & Stamp Duty yang dikenakan oleh LHDN dan pendaftaran dokumen pindahmilik di pejabat tanah.
Semakin sulit dan banyak proses yang diperlukan maka semakin tinggilah kos yang perlu dibayar oleh pembeli. Peguam hanyalah bertindak sebagai 'stakeholder' yang menerima duit yang client bayar tadi dan Peguam akan bayarkan kos-kos tersebut kepada pihak-pihak yang terlibat. So, kenapa nak marahkan kami pihak Peguam sedangkan bayaran disbursement tu tak masuk poket kami pun? 😅
Jadi, jangan lah membuat tohmahan atau tuduhan dengan mengatakan kami para Peguam menipu atau cuba nak cekik darah ya!
.
Kos disbursement tersebut adalah diperlukan demi memastikan bahawa proses pendaftaran pindahmilik dalam jual-beli rumah tersebut dapat disempurnakan sehingga ke akhirnya.
.
#HARTANAHDANANDA #HARTANAH #DISBURSEMENTS #COACHAIZAC #PEGUAMHARTANAH #BUYWITHBRAIN #BWB #CELIKHARTANAH #JOMBELIRUMAH

Пікірлер: 19
@ourpeople6165
@ourpeople6165 Жыл бұрын
Tq tuan.. jelas dan terang penyampai nya sangat-sangat membantu
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda Жыл бұрын
Sama2
@adamalias8345
@adamalias8345 11 ай бұрын
Terbaikkkkkkk.. Bg perkongsian... Tuan aizac
@fikhrichannel
@fikhrichannel 3 ай бұрын
Bila penjual perlu trigger late payment interest (letter of demand)?
@firdausproperty1019
@firdausproperty1019 2 жыл бұрын
Rapid property hadir walau pun lambat
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda 2 жыл бұрын
Terima kasih!
@amirmay3896
@amirmay3896 Жыл бұрын
tuan, saya ada ejen ni offer 1k booking sahaja, lepas tu dapat kan markup loan n ada cashback yg mmg saya nak , soalan saya, mungkin ke 1k sahaja itu dan segala boleh diuruskan termasuk spa lawyer, loan, valuer, depo 10%.. ?.. semua termasuk dalam loan.. lpas saya bayar 1k, dia terus isi offer to purchase pada saya.. boleh ke mcm tu, adakah kemungkinan boleh smpai dapat rumah?
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda Жыл бұрын
Kes markup loan ni ada risikonya sebab ia bergantung kepada valuation report atau laporan penilaian Jurunilai pihak bank. Mungkin penilaian yg jurunilai buat lebih rendah berbanding jumlah loan yg dipohon. Walaupun anda dah bayar 1k sbg Deposit, ia tidak menjamin yg loan anda diluluskan mengikut jumlah yang anda kehendaki kerana ia bergantung kpd laporan penilaian yg jurunilai keluarkan. Sebaiknya, kumpul dulu duit untuk langsaikan bayaran awalan yang diperlukan sebelum membeli rumah.
@hmstudio1243
@hmstudio1243 Жыл бұрын
Tumpang tanya tuan..bermakna dalam SPA legal fee ada bahagian A dan B? Dan legal fee untuk loan lain lagi?
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda Жыл бұрын
Betul tuan. Legal fee utk Loan Agreement lain, SPA fee pon lain
@shahidashardina7689
@shahidashardina7689 Жыл бұрын
Boleh ke cansel loan rumah dh sign ngan bank..tp blum guaman lagi sbb perlu byr 23k ngan agen rumah
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda Жыл бұрын
Masih boleh cancel, cuma perlu check apa terma yg terkandung dalam surat tawaran pinjaman bank tu sebab mungkin ada penalti yg dikenakan akibat pembatalan.
@rolanz209
@rolanz209 2 жыл бұрын
Adakah peguam itu berhak menahan geran asal milik si penjual sekiranya urusan jual beli di batalkan
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda 2 жыл бұрын
Sekiranya urusan jual-beli dibatalkan oleh pembeli, Peguam tidak seharusnya menahan geran milik penjual.
@rolanz209
@rolanz209 2 жыл бұрын
Perlukah membayar kos guaman sekiranya membatalkan tawaran kelulusan kepada peguam
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda 2 жыл бұрын
Ia bergantung kepada sejauh mana kerja yg telah dilakukan oleh peguam tersebut. Biasanya ada 'abortive cost' yg perlu ditanggung oleh anakguam sekiranya dia berhasrat membatalkan perjanjian jika peguam telah memulakan kerja awalan file tersebut.
@shahidashardina7689
@shahidashardina7689 Жыл бұрын
Brp kos guaman rumah betul ke 12k
@HartanahdanAnda
@HartanahdanAnda Жыл бұрын
Kena tengok berapa harga rumah tu sebab kos guaman berdasarkan kepada pengiraan yg saya nyatakan dalam video ni.
@ribcarefevy5275
@ribcarefevy5275 Жыл бұрын
kalau rumah rm295k tu berapa bayar peguam tuan?
JANGAN TERSILAP BAYAR DEPOSIT RUMAH!
21:39
HartanahdanAnda
Рет қаралды 7 М.
Задержи дыхание дольше всех!
00:42
Аришнев
Рет қаралды 3,6 МЛН
Why Is He Unhappy…?
00:26
Alan Chikin Chow
Рет қаралды 33 МЛН
Summer shower by Secret Vlog
00:17
Secret Vlog
Рет қаралды 12 МЛН
Как бесплатно замутить iphone 15 pro max
00:59
ЖЕЛЕЗНЫЙ КОРОЛЬ
Рет қаралды 8 МЛН
URUSAN PINDAHMILIK MELIBATKAN PENTADBIR PUSAKA
1:15:26
HartanahdanAnda
Рет қаралды 3,5 М.
SEMPURNAKAN PINDAHMILIK SEBELUM MASALAH LAIN DATANG!
30:45
HartanahdanAnda
Рет қаралды 312
PROSES PENYERAHAN BAKI HARGA JUAL DAN KUNCI RUMAH DALAM URUSAN JUAL BELI
9:12
8 kos-kos beli rumah SUBSALE [Property] Banyak benda kena bayar!
11:24
CAMNA NAK KIRA YURAN GUAMAN DALAM URUSAN JUAL-BELI HARTANAH?
7:58
HartanahdanAnda
Рет қаралды 4,1 М.
Rahsia bayar RUMAH AWAL!? [Hutang] 13 tahun awal! Wow! (Pakai EPF je)
13:27
KISAH PEGUAM KENA SAMAN DENGAN KLIEN AKIBAT KECUAIAN SENDIRI
16:22
HartanahdanAnda
Рет қаралды 656
3 tips beli RUMAH PERTAMA anda !
9:46
Dr. Adam Zubir
Рет қаралды 117 М.
Задержи дыхание дольше всех!
00:42
Аришнев
Рет қаралды 3,6 МЛН