Lontong Kuah Lodeh Istimewa Hari Raya

  Рет қаралды 899,503

Che Nom

Che Nom

Күн бұрын

Kali ni jom kita masak kuah lodeh yang biasa dipadankan bersama lontong atau nasi impit. Setiap kali raya, hidangan ni antara yang wajib dihidangkan. Walaupun kuah lodeh ni bukan makanan tradisi tempat asal Che Nom, tapi dah jadi menu favourite sejak dulu lagi.
Resepi ni CN dapat dari pembantu yang berasal dari Indonesia, resepi keluarganya. Memang sedap kerana ada satu bahan tambahan yg buatkan kuah lodeh ni lebih pekat dan menarik rasanya. Memang kena lah dengan selera. Sesiapa yang suka makan di pagi raya, boleh cuba masa sendiri. Tak susah pun.
Mula-mula kita sediakan bahan-bahan untuk dimasukkan dalam kuah lodeh dan juga bahan-bahan kisar untuk tumisan.
Rasa berlemak dari santan, rasa pedas dari 3 jenis cili, lengkap dengan sayur-sayur, tempe dan tauhu, rasa manis udang memang cukup untuk buatkan kita makan tak cukup sepinggan.
//Bahasa Melayu
---------------------------------
Bahan-bahan kisar halus:
3 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
1-2 ketul kunyit hidup
1 inci halia
1 biji tomato
1-2 biji cili merah
4-5 tangkai cili padi
2 tangkai cili kering
3 biji buah keras
1 sudu besar udang kering
sedikit air
Bahan-bahan untuk goreng:
2 keping tempe
4 ketul tauhu
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Bahan-bahan lain:
3-4 sudu besar minyak masak
1 batang serai
1 inci lengkuas
1-2 helai daun bay (lupa letak kat video)
1 batang lobak merah
1 biji kecil sengkuang
sedikit air
4 batang kacang panjang
1 keping fucuk
suun
3 - 4 cawan santan cair (atau lebih jika suka)
kubis
garam secukup rasa
1 mangkuk santan pekat
10-15 ekor udang
1/3 sudu kecil gula
nasi impit
sambal ikan bilis
telur rebus
ikan bilis goreng
//English
-----------------------------------
Fine grind ingredients:
3 shallots
3-4 cloves garlic
1-2 pieces fresh turmeric
1 inch ginger
1 tomato
1-2 red chillies
4-5 stalks of birds eye chili
2 stalks dried chillies
3 candlenuts
1 tablespoon dried shrimp
some water
Ingredients for frying:
1 piece tempeh
4 pieces tofu or bean curd
a little bit of salt
a little turmeric powder
Other ingredients:
3-4 tablespoons of cooking oil
1 stalk lemongrass
1 inch galangal
1-2 bay leaves (forgot ti include in video)
1 carrot
1 small sweet turnip
some water
4 long beans
1 piece bean curd sheet
glass noodles
3 - 4 cups light milk (or more if desired)
cabbage
salt to taste
1 bowl thick coconut milk
10-15 shrimp
1/3 teaspoon sugar
compressed rice
spicy anchovies (sambal)
boiled eggs
fried anchovies
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...

Пікірлер: 555
@KNisaKA
@KNisaKA 3 жыл бұрын
Selalu confuse explanation santan cair/pekat and kotak. Nnt try explain lg detail please.
@CheNom
@CheNom 3 жыл бұрын
Santan pekat adalah santan perahan pertama dari kelapa parut. Santan cair adalah perahan kedua atau ketiga dari kelapa parut Kalau nak guna santan kotak, mula2 masak letak air aja. Last sekali letak santan kotak. Untuk resepi ni guna 1 kotak besar anggaran 500ml..atau nak lebih pun boleh.
@KNisaKA
@KNisaKA 3 жыл бұрын
@@CheNom ohh okay. Faham dah. Thank you, Chenom! Selamat hari raya!!!
@psiluvu3065
@psiluvu3065 3 жыл бұрын
Can I use milk instead of coconut milk? Does it affect the taste?
@pembacasenyap4368
@pembacasenyap4368 3 жыл бұрын
@@psiluvu3065 boleh jer, rasa memang akan lain sikit, tapi boleh jer
@sarahnoorahmad3073
@sarahnoorahmad3073 3 жыл бұрын
@@psiluvu3065 better not. Taste will be off
@Miyatokaino
@Miyatokaino 3 жыл бұрын
Bagi pendapat sy..inilah satu2xnya rancangan tutorial masakan dlm youtube paling trending no.1 di hati💖ku..klau sy tengok cara/tutorial masakan lain agak brterabur,tidak kemas cara presentation dn penampilan susun atur bahan2x yg nk dimasak..berbanding dgn penampilan yg ditunjukkan oleh Che nom ni.mmg menghiburkan dn..senang..mudahlah nk ikut..walaupun kita hanya tengok tangannya yg cantik tu je yg buat keja.sy amat berpuas hati dgn cara step by step yg telah dirancang dgn betul.walaupun kekadang ada terlepas pandang bahan terlupa letak.tapi ia dapat diatasi dgn baik..ni klau Che nom upgrade lagi presentation nya tak tahulah..mmg meletoplah..keep it up..semoga terus berjaya!..1st time tengok Che nom berbicara nampak mukanya..control ayu nampak 😜😃
@noranisamdsaid8760
@noranisamdsaid8760 2 жыл бұрын
Akak setuju...first time tengok terus jatuh cinta.
@WL2readb
@WL2readb Жыл бұрын
Thanks
@zubaidahmdpuat3296
@zubaidahmdpuat3296 3 жыл бұрын
Wuwuuu x leh raya. Moh le kita masak memasak ikut resipi che nom
@desmon6781
@desmon6781 3 жыл бұрын
Ya Allah Che Nom!!!! baru pagi tadi (11 May, 2021, +-9.30am) saya search "lontong che nom" kat youtube! Ni dah petang (2.31pm) video ni terus ada kat recommendation saya!!!! Magic apakah iniiiiiiii
@TeacherSyeri
@TeacherSyeri 3 жыл бұрын
Tkasih che nom yg mengekalkan format lama “masak guna tangan je”. Senang mcm ni. Focus je pada apa yg kita nak tgk dr segi jumlah sukatan sampailah cara potong2
@ahkaahmadd5476
@ahkaahmadd5476 3 жыл бұрын
nyum nyum , dap ye . selamat hari raya che nom dan semua umat islam .
@kingsmajorian02
@kingsmajorian02 Жыл бұрын
Super like 👍🏼 Makasih untuk share nya, sahabat Sampai jumpa di video selanjutnya, Semoga hari anda menyenangkan
@BETOSYUKRI84
@BETOSYUKRI84 3 жыл бұрын
Sedapnye kuah lodeh..wajib ada pagi raya
@ctishaan4081
@ctishaan4081 3 жыл бұрын
Baru buat sbb teringin lauk raya, kuaj lodeh dgn sambal bilis, fuhhhh suami smpi menjilat jari, resipi mantopppp
@skyanddedek3283
@skyanddedek3283 Жыл бұрын
Masakan khas Banjarmasin luah lodeh ni
@anojasoma2623
@anojasoma2623 3 жыл бұрын
Wow... Che Nom looks yummy... You are a beautiful soul... You always shares all new recipe's tqvm.
@julaihajamiranjue3699
@julaihajamiranjue3699 3 жыл бұрын
Sy org johor..nie makanan tradisi keluarga sy dri kecik smpai la besar nie...rindu nsi impit n kuah lodeh mak...
@haidamisnon8242
@haidamisnon8242 3 жыл бұрын
Sama sis😁😁🙊🙊
@ghzali6934
@ghzali6934 3 жыл бұрын
Sayur nangka dengan lontong kerupok dan telor rebus pon dah cukup enak
@meonjeng
@meonjeng 2 жыл бұрын
makan dgn kuah kacang Cik Nom. Sedap sampai menangis sebab teringat raya kecik2 dulu masa makcik2 semua masak lauk2 special diorang. Sekarang susah nak dapat kuah lodeh dan kuah kacang yg sedap.
@Msbabyl0n
@Msbabyl0n 3 жыл бұрын
Suami kate tahun ni x payah la susah2 buat lodeh, makan menu lain.. Tp bile tengok video ni, "aku x peduli! Nak buat lodeh jugak raya ni. Raya kedua pun takpe asalkan nak buat jugak, buat makan sorang pun jadi laa" 🤤
@RosaOktaria
@RosaOktaria 3 жыл бұрын
Btl sis. Raya x raya tetap nak buat jugak kuah lodeh ni. Walaupun xde org nk mkn. Makan je seorg2. 🤣
@heaven77earth888
@heaven77earth888 3 жыл бұрын
A ah mcm sayur lemak je. Hari biasa Pon makan ne
@noriza444
@noriza444 Жыл бұрын
Suka tgk guna piring n mangkuk old school tu.. baru lah ada feel mcm raya kat kampung..
@user-tn6yc4sv2t
@user-tn6yc4sv2t 3 жыл бұрын
Semalam ibu saya mengidam lontong tak sangka harini che nom upload resepi mudahlah saya nak masakkan untuk ibu saya TERIMA KASIH CHE NOM
@fauziahmohamedaripin5880
@fauziahmohamedaripin5880 3 жыл бұрын
T. Kasih atas resepinya... Kuah lodeh ni sebiji rasa macam lontong sg besar, tg karang cuma tambah mee sanggul.makan dengan kuah kacang.. Sy dah cuba.. Sedap😋
@husnawalhasbi1892
@husnawalhasbi1892 Жыл бұрын
sy ngidam ni..xder siapa nk buat so kena buat sendiri gamaknya..tq che nom..❤
@farahhusna2681
@farahhusna2681 3 жыл бұрын
pengalaman saya, stay padang Indonesia, klu masakan sambal diorg masak letak tomato (utk ganti asam jawa/asam keping).. tapi mmg jrg lah letak tomato dah sbb family sy stay tu diorg mmg suka pedas
@daniadanisha2104
@daniadanisha2104 3 жыл бұрын
dah setahun lebih bila sy nk masak, sy akn refer resepi che nom.. husband mmg suka sgt mkn. kemarin sy x sihat, husband offer diri nk msk. skali tgk dia buka video che nom sambil pki apron.. 🤭
@nischamalaysia3937
@nischamalaysia3937 3 жыл бұрын
السلام عليكم Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tradisional sangat pinggan. Terima kasih resepi Che Nom
@normadziahhamzah3456
@normadziahhamzah3456 3 жыл бұрын
Alhamdullilah....Mantap 👍 Terima kasih Puan Che Nom Sedapnya 😋 Cantik baju Raya Puan Che Nom🤩 Jumpa lagi💐
@lilislistyani3124
@lilislistyani3124 3 жыл бұрын
Betul sy juga kalau di kampung ( Bandung)..selalu buat lodeh Itu menu pagi raya kami Sekarang di Malaysia Jarang dapat lodeh
@oneheartlady
@oneheartlady 3 жыл бұрын
kat johor byk sis
@lilislistyani3124
@lilislistyani3124 3 жыл бұрын
@@oneheartlady Pasti
@RosilaMdelah
@RosilaMdelah 3 жыл бұрын
Selamat hari raya Cik Nom...cantik baju raya.Tks bagi resepi
@rijkiandiandi7241
@rijkiandiandi7241 3 жыл бұрын
Assalaamualaikum Di doain sehat ceria selalu aamiin Selamat menunaikan ibadah
@taeks7185
@taeks7185 3 жыл бұрын
Selamat hari raya. Dah berjaya buat Kuah lodeh che Nom
@dzaafamiliasarawakqatar147
@dzaafamiliasarawakqatar147 3 жыл бұрын
Tqsm che nom. I polo resepi lontong ni sgguh x cukup bahan nak letak. Campak2 yg ada je. Alhamdulillah sedap & Kawan2 dpt merasa. Semoga murah rezeki selalu. Aamin🙏🏻🥰
@MohdNazri-ty6dk
@MohdNazri-ty6dk 11 ай бұрын
Baru siap masak , terima kasih Che Nom atas resepi nya# untuk berbuka puasa hari ni
@norshafinazhusain584
@norshafinazhusain584 3 жыл бұрын
Tima kasih cik nom.. Bg resepi lontong.. Selamat hari cik nom
@SariBanun-ph6xy
@SariBanun-ph6xy 3 жыл бұрын
paling enak sayurnya nangka muda...dan tulang iga
@nama0809
@nama0809 Жыл бұрын
Alhamdullilah raya tahun 2023 .. masak lodeh che nom lagi ✌️
@tiararara4274
@tiararara4274 3 жыл бұрын
Mantap kali ni pas banget untuk hari lebaran, bagus banget tipnya... Salam sukses selalu.
@bxllaanxar
@bxllaanxar 3 жыл бұрын
Resepi ni memang sedap. Saya tak makan lodeh tapi mak saya suka. Masakkan ni untuk emak memang dia puji melambung
@sarabella8215
@sarabella8215 10 ай бұрын
tengok awal awal resepi senang nanti nak masak time hari raya😊
@NurulShahrilMdIsa
@NurulShahrilMdIsa 3 жыл бұрын
cewahh.. che nom masak pakai baju raya bakhang... hehehe.. ok CN... nie menu cheq raya kedua nnt... insya'allah.. raya 1st mak mentua suh buat nasi arab! hehehe..
@shifulbahrijaafa3245
@shifulbahrijaafa3245 3 жыл бұрын
Alhamdulillah... mmg ditunggu2 dari minggu lepas... tk
@asiahash1463
@asiahash1463 Жыл бұрын
Baru ni saya buat kuah lodeh ikut resipi che nom cuma sy lebihkan udang kering. Santan guna sekotal kecil je. Alhamdulillah fmly puji sedap. Lain kali boleh repeat buat lagi.
@damaihijau
@damaihijau 3 жыл бұрын
ALHAMDULILLAH DAPAT RESEPI KUAH LODEH. TERIMA KASIH CHE NOM SENTIASA KONGSI RESEPI TERBAIK.
@mariammarsya1535
@mariammarsya1535 3 жыл бұрын
Memang sedap.saya dah cuba.rugi kalau tak cuba.t k cek nom.buat lontong ni menambah2 makan.
@puterinurvinaazman8105
@puterinurvinaazman8105 3 жыл бұрын
che nom.. trima ksih share resepi yg sedap ni. sy dah buat.. sedap... tgh pkp jauh dari mak,dpt gak belajar msk sndri.. tq che nom❤️ sayang che nom.. mcm kakak2 je ajar sy masak
@AnakRantauRM63
@AnakRantauRM63 3 жыл бұрын
Lontong Kuah Lodeh Istimewa, wow mantap ni
@ibumuhammad7590
@ibumuhammad7590 3 жыл бұрын
try lodeh pucuk paku dan serunding yong... memang sedappppp yeop... Selamat hari raya...
@farahnadia6499
@farahnadia6499 3 жыл бұрын
Kelmarin baru search lodeh che nom belum ada lagi video ni. Alhamdu lillah now posted, saya boleh follow yayy! Semoga Allah tambah rezeki che nom sekeluarga!
@sitikamariah4694
@sitikamariah4694 3 жыл бұрын
sya tk suka lodeh tpi bla tgk che nom masak sdap btul
@sriwahidah7801
@sriwahidah7801 Жыл бұрын
suka dengan cara che nom .sb dr cara potong smp ke cara memasak..tq che nom..berkat menuntut ilmu masak dr che nom..anak2 saya panggil chef dah..❤😂..dengar ja suara che nom..thu dah diaonrg itu che nom❤
@hayatiabdulhamid7566
@hayatiabdulhamid7566 3 жыл бұрын
Che Nom macam dengar jer isi hati saya... memang tengah fikir hari raya ni nak masak lodeh. Terima kasih. Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.
@aiman6791
@aiman6791 3 жыл бұрын
che nom turn on community contribution, nanti boleh orang contribute subtitle english
@Zoolzarizi
@Zoolzarizi 3 жыл бұрын
Pergh...Lodeh memang nampak sedap dengan udang besau tu
@nurulainiahmohdtaufik595
@nurulainiahmohdtaufik595 3 жыл бұрын
Suka sangat video che nom!
@hikarihakim6037
@hikarihakim6037 3 жыл бұрын
Memang plan nk masak kuah lodeh raya kedua. Duk refer ke blog post che nom je utk bahan. Sekarang dah ada video, lagi mudah faham! Tq che nom
@abuhurairah6073
@abuhurairah6073 3 жыл бұрын
sedapnya lontong .. Terima kasih che nom share resepi .. all time faveret ni .. tak dpt menahan melihat menu hari raya yg istimewa ni .. selamat hari raya aidilfitri kepada che nom ..
@2003diamonez
@2003diamonez 3 жыл бұрын
Tambah ngan lagu ngan kuah kacang...ummmmhh dap
@aniani1741
@aniani1741 3 жыл бұрын
Byk betul bahannya....Ada bahan yg mcm xperlu pun bak kata orang putih simple is nice....less is more...Masak ni senang!!!!
@hamidahmuslim2023
@hamidahmuslim2023 3 жыл бұрын
Memang sedap saya dah buat ikut resepi che nom utk hari raya..terima kaseh che nom
@h.f9031
@h.f9031 3 жыл бұрын
Che nom ni mcm tahu2 je sy search resepi lontong che nom..nk masak pagi raya esok..hehe..thank u che nom..selamat hari raya..
@sitimazni2458
@sitimazni2458 3 жыл бұрын
I tried your recipe today. It’s something I’ll surely pass down to my daughters. I didn’t have udang kering , so I replaced it with 2 tablespoons of tiny ikan bilis. Still sedap giler. Thank u for sharing.
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 3 жыл бұрын
Sedap menyelerakan kesukaan saya ni
@azyanatelier8177
@azyanatelier8177 3 жыл бұрын
saya dah try resepi ni.family semua ckp sedap.bagi jiran pon ckp sedap. first time buat gini.tq che nom !
@noratiqah2669
@noratiqah2669 3 жыл бұрын
Saya suka semua resepi che nom..bila saya ikut resepi che nom, semuanya jadi sedap..
@Maliga-lg6kd
@Maliga-lg6kd 3 жыл бұрын
Selamat Hari Raya to amazing cook.Love you and your receipe.
@zolabdul6728
@zolabdul6728 3 жыл бұрын
Sll masak buat lebaran.. Terbaik 👍
@rimaliniismail836
@rimaliniismail836 3 жыл бұрын
Boleh lh hidang masa raya tq che nom resepi nya
@shalizasabidin3302
@shalizasabidin3302 3 жыл бұрын
Dah cuba, mmg sedap dan laku keras menu di rumah raya pkp 3.0 ni. Tqvm C.Nom
@dapurmakleni
@dapurmakleni 3 жыл бұрын
Memang terbaik ,saya dulu dekat kampung walupun tak merayakan Raya tapi emak saya selalu masak lontong dengan kuah lodeh Dan kuah Kacang...meriah betul sewaktu dikampung dulu bila Raya kawan Dan tetangga selalu bagi kuih muih Dan ketupat.
@ilirohayaabdullah4394
@ilirohayaabdullah4394 3 жыл бұрын
alhamdulillha mmg ternanti2 video che nomm.mmg raya tahun ni plan nak buat kuah lontong
@divocli3546
@divocli3546 2 жыл бұрын
Hari sudah saya cube masak mengikuti resipi ini,memang sedap . Tetapi saya buat kuah tu tak lah pekat sangat ,tetapi memang rase tu ,sedap Terima kasih Che nom ,dah berbagi resipi ,big love for you 🫂🫂
@SazaIsaak
@SazaIsaak 3 жыл бұрын
Semlm baru je search menu ni kt ytc che nom sekali harini che nom post...wahhh mcm tau2 je
@khairunnisakmohamadradzi6968
@khairunnisakmohamadradzi6968 3 жыл бұрын
sme le..sy pun search jgk..bleh refer ni..hehe
@rahmawatinurkojim7624
@rahmawatinurkojim7624 3 жыл бұрын
Resepi che nom lebih kurang resepi arwah ibu sye..sedappnyaaa..rindu masakan arwah🥲
@dadycasperku4879
@dadycasperku4879 3 жыл бұрын
Mcm tau ja raya ni nak masak lodeh. Mmg on time
@aufahaziqa781
@aufahaziqa781 3 жыл бұрын
Sedapnya..che nom Terima kasih byk share ilmu...Saya anak duduk belajar masak tgk youtube che nom.. alhamdulillah dh pandai masak..Terima kasih che nom.smoga che nom dilimpahkn rezeki Dan sihat selalu...
@zuridahmohamad8933
@zuridahmohamad8933 2 жыл бұрын
Cuba resepi ni this morning..foolproof recipe. Best ..Terima kasih Che Nom
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Alhamdulillah. Sama2 Zuridah 😊
@yipee44
@yipee44 3 жыл бұрын
Kalau versi Johor kuah lodeh putih masak lebih kurang mcm che nom. Cuma versi Johor tak letak buah keras, kunyit dan tomato.. bahan tumis cuma tumbuk udang kering dgn bawang. Kepedasan sikit2 je dari lada merah besar tu. Huhu. Lagi satu, tips nak kuah lodeh kalau nak tahan lama, kena goreng dulu tauhu dan tempe sampai garing. insyaAllah kuah lodeh tahan sampai esok hari. Nk sedap letak cendawan hitam yg kering tu.. sedap kenyal2 makan dgn sayur2 tu bersama ketupat. 😘 Selamat hari raya Che Nom!
@missiqalulu5357
@missiqalulu5357 3 жыл бұрын
Klu nk skip tomato buah keras blh kn...lengkuas msuk jgk k....nk try buat lhhh
@yipee44
@yipee44 3 жыл бұрын
@@missiqalulu5357 takyah masuk lengkuas
@junbecks
@junbecks 2 жыл бұрын
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin. Baru je try recipe ni, sedap sangat. Hahah suun saya terletak banyak sangat, habis kuah kena serap. LOL. Ok lesson learned for next time.
@suzanazana2358
@suzanazana2358 3 жыл бұрын
Cantik pinggan legen tu... Sy pon ada pinggan lama tu pinggan seblm sy lahir lg... Umo sy pon dah 46 thn...
@Rohanitwin
@Rohanitwin 3 жыл бұрын
MEMANG TERBAIK👍👍👍 RESEPI LODEH CHE NOM NI, Hari Raya baru ni bagi jiran dia kata 10 ⭐️..saya memang akan refer apa2 masakan dr resepi Che nom.... Terimakasih Che Nom atas perkongsian resepi yg sedap2... Semoga Che Nom sentiasa dlm Rahmat Allah❤️
@shahjulai
@shahjulai 3 жыл бұрын
Sedapnya.. selamat hari raya semua.
@cthaida6082
@cthaida6082 2 жыл бұрын
Dah cuba buat memang sedap sgt. Terima kasih che nom.
@shahakimiey4468
@shahakimiey4468 3 жыл бұрын
Dah try dah menjadi resepi che nom bagi ni..cuma sy tak letak sengkuang tu je..mmg sedap.. Tq che nom atas resepi
@annydobon8106
@annydobon8106 3 жыл бұрын
Orang Johor makan lontong mesti nak ada sambal kacang dan serunding kelapa. Serunding daging kelapa ni susah nak jumpa sekarang. Kalau orang jualan, serunding kelapa kosong saja.
@jufrimahathir7026
@jufrimahathir7026 3 жыл бұрын
Saya sudah cuba resipi ni, memang sedap che nom 👍 terbaik
@ansprintv901
@ansprintv901 3 жыл бұрын
Study resepi che nom dulu mlm ni...esok nak masak seperiuk besar.. nak jamu jiran2 (tapaukan ja la huhuhu)
@salehaatan3697
@salehaatan3697 3 жыл бұрын
Salam Che Nom, saya dah try dah resepi lodeh Che Nom ni. Cumanya tak masukkan buah keras sbb takda kat rumah. Tapi mmg menjadi n sedap, lebih sedap drpd resepi lain yg selama ni sy ikut. Tq Che Nom.
@HobiWongDeso
@HobiWongDeso 3 жыл бұрын
menu terbaik buat hari raya ni..kak
@shbegumalikhan6762
@shbegumalikhan6762 3 жыл бұрын
Tahun ni raya di srwk tmpt aku..jd nk buat kuah lodeh sbb org srwk mostly xprnh rsa..resepi mak mertua🥰
@mariammazlan
@mariammazlan 3 жыл бұрын
Baru try search resipi kuah lodeh che nom semalam, tapi tiada. Hari ni terus keluar. Rezeki =)
@vijeyalexmi1322
@vijeyalexmi1322 3 жыл бұрын
Look delicious sis thks for sharing 😘👍
@rohanimahari9392
@rohanimahari9392 3 жыл бұрын
Lodeh Che Nom sama mcm lodeh saya...saya suka gantikan sengkuang dgn rebung dan letak daun salam dlm lodeh
@zuraidabaharudin6546
@zuraidabaharudin6546 3 жыл бұрын
tq che nom .resepi lontong sedap. dah cuba dah
@remyazharyyosef1811
@remyazharyyosef1811 Жыл бұрын
Pada saya, makanan sampingan yang perlu ada untuk melengkapkan hidangan lodeh ni ialah serunding, begedil, paru dan sambal udang. Puas betul.
@puteri._.525
@puteri._.525 3 жыл бұрын
Nak Cuba Buatlah Untuk Jamuan Di Pagi Raya Dengan Keluarga. Terimakasih Che nom Untuk Resepi Yang di Share Pada Hari Ramadhan Ni😊
@ailey88
@ailey88 3 жыл бұрын
Nampak best la pisau che nom
@mizzisma5566
@mizzisma5566 3 жыл бұрын
Menu Raya ni, rendang daging, kuah lodeh, sambal kacang n nasi inpit. Masak sendiri n Mkn sendiri...
@nazercherose6282
@nazercherose6282 3 жыл бұрын
Sdpnye..nti mesti nk cuba buat..tq che nom..kongsi resepi
@RabiatulAdawiyah-nt1bd
@RabiatulAdawiyah-nt1bd 3 жыл бұрын
Mak saya raya ni teringin nak makan lontong. Hbistu harini dia suruh cari resipi. Alhamdulillah naik kat recommendation yt mudah mudahan menjadi saya buat nanti 😁 terima kasih cik nom
@teacherschuhada
@teacherschuhada 3 жыл бұрын
Sedapnya kuah lontong makan dengan sambal tumis udang atau kuah kacang 🤤🤤🤤
@Rizaltomyam
@Rizaltomyam 3 жыл бұрын
Wow Sedap nye
@roshadahyaacob8049
@roshadahyaacob8049 Жыл бұрын
Assalammualaikum Che Nom, saya masak kuah lodeh hari ini ikut resepi che nom… sedap yakmat che nom, kuah oren2 gitu… terima kasih che nom. Resepi che nom 100% dijamin menjadi ❤❤❤❤❤
@CheNom
@CheNom Жыл бұрын
Alhamdulillah..
@ilyzuhayr494
@ilyzuhayr494 Жыл бұрын
chenom resepi lontong chenom ni sye pki utk jual,laku keras ye, harap chenom blh buat video resepi lontong kering johor ❤❤
LONTONG Original dari Tokwan ‼️
12:35
TOKWAN KAMI
Рет қаралды 71 М.
Lontong| Kuah Lodeh|Resepi Lontong|Rahsia Lontong Sedap
16:57
So Cute 🥰 who is better?
00:15
dednahype
Рет қаралды 19 МЛН
Une nouvelle voiture pour Noël 🥹
00:28
Nicocapone
Рет қаралды 9 МЛН
Nasi Daging & Air Asam Kerisik Utara
14:35
Che Nom
Рет қаралды 945 М.
Dendeng Daging Mantap cara orang lama, tak mudah basi.
8:15
Che Nom
Рет қаралды 437 М.
Kuah Kacang laku keras edisi Raya
8:30
Che Nom
Рет қаралды 1,4 МЛН
cara buat kuah lontong  mudah by kak nur @tip agar makanan tak basi
10:22
Mi rebus Cucur Udang Kriuk Rangup
12:30
Che Nom
Рет қаралды 528 М.
Rendang Ayam Dendang Perantau.
14:09
Che Nom
Рет қаралды 886 М.
Roti Canai Lembut Gebu Dan Garing
17:29
Che Nom
Рет қаралды 1,4 МЛН
Kuah Lodeh Lontong by Chef Zaidah
14:19
Cooking with Chef Zaidah Lady Zai
Рет қаралды 179 М.
Cara Mak Che Nom Buat Pulut Kuning, lembut dan berkilat.
10:30
So Cute 🥰 who is better?
00:15
dednahype
Рет қаралды 19 МЛН