Mercedes Benz C-Class W204 | Mercedes Yang Paling Laris Dijual & Kegilaan Orang Ramai! | Car Review

  Рет қаралды 57,324

HikalBenz

HikalBenz

Күн бұрын

Пікірлер: 64
@mohdyunus4332
@mohdyunus4332 Жыл бұрын
Minat jgk dgn w204 ni…lg2 kalau spec AMG line memang nampak sporty ..C300 paling cantek dengan rims saiz 18 inci…ekzos berkembar dan fog lamp jenis LED…N/A V6 enjin memang powerfull… Cuma kekurangan satu jer..harga road tax mahal sebab CC besar ..sebesar 3000cc.
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
Ya setuju sangat dengan pendapat tuan, C300 w204 memang saya minat sejak MBM keluarkan pada tahun 2010, rare berbanding dengan model2 C yang lain. Orang yang minat model C300 ni yang betul2 car enthusiasts & peminat W204. N/A engine seperti V6 m272 memang sedap lagi bawa, daripada engine 4 cylinder. cuma itulah roadtax dia agak mahal lah berbanding c230, Kompressor serta CGi. Lagi satu nak tambah, C 300 W204 pre facelift lebih sedikit unit berbanding Model facelift W204 C 300. Jadi, kalau dapat yang pre facelift tersebut memang special.👍👍
@mohdyunus4332
@mohdyunus4332 Жыл бұрын
Ye betul tu..sy sndri mmg minat C300 yg pre facelift …pd sy C300 amg pakej dah lengkap dah..tak perlu nak make up dah..isi minyak jalan.. Lagi2 colour silver memang sepadan dengan rims 18 inci 5 spoke berkembar (model lain 6 spoke)..Jujur ckp mmg sy minat w204 AMG pakej sjk dulu lg.. cuma mampu tgok je..
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
@@mohdyunus4332 jarang saya dapat comment seperti ini, berkenaan C300 v6 kerana ramai majority lebih minat Kompressor,CGi, c230 & C63. C 300 ini memang sudah mencukupi kerana sport package dia sudah lengkap & tidak perlu modify lebih-lebih serta tak perlu pun letak Badge AMG dibelakang. Siapa yang tahu model tersebut akan tahu ia memang factory datang dengan AMG kit. Inshaallah ada rezeki tuan tu untuk memiliki C300. Kebanyakkan kereta di malaysia sekiranya CC tinggi, harga used akan lebih rendah berbanding CC rendah walaupun model kereta yang sama. Jadi, kalau satu hari nanti tuan dah pakai C 300 jangan lupa untuk roger saya😎
@mohdyunus4332
@mohdyunus4332 Жыл бұрын
@@HikalBenzChannel ..terima kasih tuan..Doakn yg baik2 utk kita semua (peminat W204)
@pojij829
@pojij829 2 жыл бұрын
Otw 1k subscribe. Mantap bosku 👍👍👍
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Inshaallah tuan, terima kasih juga kerana support youtube channel ini🙏🏻
@anuarmona7226
@anuarmona7226 Жыл бұрын
slm...terima masih adik haikal..banyak yg pakcik tahu dlm perkongsian ini
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
Waalaikumussalam, sama-sama.🙏😁
@askme1100
@askme1100 2 жыл бұрын
Assalamualaikum. Sangat detail dan informative serta tidak lokek ilmu. Terima kasih diatas perkongsian ini. Teruskan lagi dgn video & content seperti ini, Tuan. Model W204 ini dalam pemerhatian saya dan merupakan kereta impian yang kini dalam lingkungan harga yang boleh dipertimbangkan. Terima kasih. p/s: ini Masjid Tmn Tar, sama la kita warga ampang. Assalam. Mie
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Waalaikummusalam, sama-sama Tuan. Inshaallah saya akan share content info-info seperti pada masa yang akan datang ini supaya dapat beri manfaat kepada viewers seperti Tuan & yang lain di luar sana. Saya harap Tuan dimurahkan rezeki supaya dapat membeli kereta impian Tuan ini iaitu W204 & dapat kereta condition yang dalam keadaan yang baik, harga pun dah boleh dikatakan mampu milik berbanding 10tahun yang lalu. Terima-Kasih juga kerana subscribe serta support KZbin Channel ini dengan melihat video tersebut.🙏🏻 ~ Ya betul tu di Masjid Taman Tar, hahaha ada juga geng ampang.👍🏻 Waalaikummusalam, HikalBenz.
@khairb943
@khairb943 7 ай бұрын
Dulu tahun 2018, rasa dilemma samada nk beli : c250 w204 tahun 2014 harga RM128k Atau. Civic FC 1.8 baru thn 2018 harga RM104k Akhirnya sy beli civic tu Skrg ni harga pasaran civic fc 1.8 thn 2018 tu adalah RM70k Dan C250 w204 thn 2014 adalah RM50k ke 60k Jatuh teruk jugak market value merc ni ye Most probably skrg sy akn beli w204 ni sbg kereta no 4(bini no 4)…….peluk2 sambil bercumbu2 pun best jugak ni
@MrGrey_888
@MrGrey_888 2 жыл бұрын
Kena ngn jiwa content kali ni brooo
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
🙏👍
@mdsamadsuhir1194
@mdsamadsuhir1194 2 жыл бұрын
Assalamualaikum.. Nk minta nasihat jika C200 thn 2013 hujung date daftar 24.12..2013. Apa yg perlu dibaiki atau tkr brg2 jika batuan hampir 100ribu? Tk
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Waalaikummusalam, sebaik-baiknya check VIN No kereta tersebut. Untuk lebih kepastian tahun berapa dibuat, kerana boleh jadi kereta tersebut adalah dibuat pada akhir tahun 2012 & daftar pada 2013 . Jadi untuk kepastian check VIN No dahulu. Jika ianya kereta Locally Assembled, minta seller tunjukkan service history sepanjang ia memakai. Sebabnya, local spec kebanyakkan service record ada dengan Mercedes-Benz Malaysia. Dengan cara ini lebih senang untuk tahu apa yang dah buat sebelum ini & boleh bersiap sedia pula untuk "preventive maintenance". Sekiranya ia adalah UK Spec ataupun Japan Spec, perkara pertama yang perlu ambil kira adalah, 1.Timing chain: Cuba start kereta tersebut masa engine sejuk (ColdStart) ,sekiranya ada bunyi bising daripada bahagian engine seakan-akan bunyi engine diesel & bunyi itu hanya dalam 5~10 saat sahaja & hilang lepas itu, bermakna timing chain/sprocket kena check & kena tukar. (Benda ini boleh berlaku samaada bawah 100k km atau lebih 100k km, ikut nasib & cara permanduan drpd owner kereta tersebut serta CHECK ENGINE LIGHT akan menyala sekiranya masalah semakin serius). 2. E.S.L : Benda ini adalah steering lock, apabila Tuan cucuk kunci masa nak start, ia akan sedut kunci & ada bunyi. Sekiranya bunyi ia agak lemah & kurang kuat sedut maka ia menunjukkan benda E.S.L sudah sampai masa untuk repair. Perkara ini kalau berlaku kerosakkan, ia akan tidak dapat start engine kereta tersebut. 3. Hos2 & kebocoran : Periksa bahagian hos2 untuk sebarang crack atau bocor. Periksa juga belting sekiranya ada crack atau kesan-kesan reput. Periksa juga coolant reservoir jika ada kesan-kesan air/coolant campur minyak hitam. (Ini petanda oil cooler ada problem perlu lekas bawa ke workshop). 4. Turbo CGI : Jika "cold start" ada banyak asap biru, minta workshop periksa area TURBO , akan ada Banjo bolt serta Seal dia yang mana akan bocor & ini adalah salah satu "Wear & Tear" untuk Engine CGI. 5. Buat Service B: iaitu Tukar Minyak Hitam serta Oil Filter & Minyak Gearbox. Untuk model Facelift (2011~2014) , didatangi dengan 7speed 722.9, minyak gearbox perlulah menggunakan Minyak Brand Mercedes-Benz untuk menjaga GB ini supaya tahan lama & mengelakkan daripada masalah yang akan datang pada kemudian hari. Terima-kasih kerana melihat Video ini & jangan lupa untuk tekan butang Like, Share & Subscribe!
@muhamadnorazri37455
@muhamadnorazri37455 Ай бұрын
Lain macam Water pressure tu
@syeikhamd
@syeikhamd 2 жыл бұрын
tq,detail xplaination
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Tq juga kerana sudi melihat video ini.🙏👍
@braderyoutube1983
@braderyoutube1983 Жыл бұрын
tuan. jom buat collab nak? kita boleh test kereta masing2
@kudinselatanchannel6908
@kudinselatanchannel6908 2 жыл бұрын
kompresor dengan cgi mane lg baik and mane lebih rendah maintenance die bang... terima kasih
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Sebenarnya Tuan, Kompressor & CGI ini ikut juga kepada peminat W204 sebabnya saya cakap begitu kerana akan ada yang akan kata, model kompressor yang baik ada pula yang akan kata model CGI yang lebih baik. Jadi perkara ini agak subjektif, apa yang boleh saya kongsikan dengan Tuan adalah kedua-duanya ada Baik & Buruknya. Sekiranya First owner jaga dengan baik maka tidak kira samaada ianya Kompressor ataupun CGI inshaallah tidak lah mahal untuk maintain. Saya bagi sedikit pencerahan antara kedua-dua itu, Engine kompressor ini engine yg asal dia daripada tahun 2000 dah ada kat model2 lain selain w204, engine CGI pula adalah lebih kurang sama shj dengan engine kompressor, beza dia adalah power & CGI adalah Turbocharged, Kompressor adalah Supercharged. Untuk CGI ia telah menggunakan Direct Fuel Injection & lebih menjimatkan minyak berbanding engine Kompressor. Untuk model dengan Kompressor kebanyakkan datang dengan GB 5 Speed, Untuk model CGI ada yang 5 Speed & 7 Speed. Kedua2 engine ini maintenance adalah lebih kurang sama & masalah pun ada yg sama juga. Sebagai contoh, kedua2 engine akan alami timing chain / sprocket iaitu bila start engine ada bunyi seperti engine diesel Untuk dalam 5 sat lepas itu ia hilang. Benda tersebut cost untuk repair adalah sekitar Rm 4k~ Rm8k ( ikut workshop mana yang dihantar & harga ini adalah termasuk brg dibeli oleh workshop). Ada beberapa lagi masalah yang akan dialami oleh pemilik Kompressor & CGI, perkara2 ini ada salah satu sebahagian drpd wear& tear kereta tersebut. Kereta pun sudah berusia lebih 5 tahun & ada yang dah 15 tahun seperti w204 kompressor. Maintenance w204 ini kalau ikutkan tidak lah semahal seperti orang kata, sekiranya tuan beli brg spare parts sendiri & byr upah maka lebih jimat berbanding kepada yang hantar ke workshop sepenuhnya akan lebih mahal untuk maintain kereta tersebut..kalau tukar bulb shj pun minta workshop buat maka workshop pun suka customer seperti itu kerana boleh buat duit lebih..😅 Kesimpulannya, dua2 engine ok shj tuan cuma engine Kompressor tu agak lama berbanding CGI lebih modern & lebih efficient. Sekiranya nak jimat drpd segi maintenance cari w204 yang dalam good condition serta buat preventive maintenance supaya kereta sentiasa dalam keadaan tip top & tidak lupa jua, kalau ada benda yang boleh buat sendiri ( DIY) lebih buat sendiri & benda2 yang agak sukar biar workshop buat..itu sekadar pendapat saya tuan. Terima kasih juga kerana menonton video ini.🙏
@kudinselatanchannel6908
@kudinselatanchannel6908 2 жыл бұрын
terima kasih pencerahan tuan... sbnarnya ade minat utk main kete2 mcm ni.. hahaha... tp masih dalam pertimbangan...
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
@@kudinselatanchannel6908 sama-sama tuan. Kalau tuan ada rezeki ambil terus tuan, kalau boleh ambil model CGI ataupun kalau nak rasa sedap lagi, Engine V6 tapi cost untuk maintain v6 lebih sikit la berbanding engine 1.8cc sama ada kompressor ataupun CGi. Kereta2 mcm ni syiok untuk nak buat modify ke apa tetapi kalau untuk bawa outstation baik cari yang size besar sikit drpd C class ni untuk lebih selesa. Semoga Tuan satu hari nnti dapat juga jentera W204 👍
@hairilrusli4176
@hairilrusli4176 Жыл бұрын
c200 amg line beza ke engine c200 biasa?
@metitan1398
@metitan1398 2 жыл бұрын
Facelift mmg smart
@Fendisam-th6cc
@Fendisam-th6cc Жыл бұрын
Minat tp xperh pakai kereta conti... Jd ada rasa takut2
@mystarviral6366
@mystarviral6366 3 ай бұрын
klau tkut sy syorkan jgn pakai teruskan pakai proton dan perodua #supportlocal
@muzir61
@muzir61 Жыл бұрын
Saudara haikal…nak tanya. Betul ke model W204 ni enjin mudah masuk air terutama hujan lebat? Apakah kesannya kpd kereta?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
Maksud saudara masuk air terutama hujan lebat tu, pandu kereta melalui jalan yang ada air naik ataupun masuk air hujan lebat ke dalam engine tanpa memandu seperti park di bawah hujan lebat tersebut? Sekiranya yg pertama di atas tu, bukan mudah untuk air nak masuk ke bahagian engine melainkan meredah air banjir tersebut dengan kelajuan yg cepat maka air itu menolak cepat masuk ikut grill hadapan nescaya memang air akan disedut masuk ke dalam intake hose yang terletak di belakang grill hadapan itu kerana itu adalah ruang udara engine untuk sedut angin. Tetapi kalau kita pandu dengan kadar yg slow& steady inshaallah air tak masuk ke intake tersebut. Kebanyakkan kereta termasuk Model W204 ini Air intake terletak di bahagian atas belakang grill & ada sesetengah kereta pula di bahagian bawah juga. Sekiranya yang kedua, iaitu park bawah hujan yg lebat air masuk ke engine, tak pernah pula saya hadapi air masuk ke bahagian Engine ataupun rakan-rakan yang pakai w204 kena experience seperti ini. Harap dapat membantu menjawab soalan saudara di atas. Terima kasih 🙏
@HK-gc7xz
@HK-gc7xz 9 ай бұрын
Ayah mertua saya beli yang ni time hujan jalan basah dia xprefer bwk sebab dia cakap air masuk dalam enjin
@SalmanAli-cd4td
@SalmanAli-cd4td 2 жыл бұрын
Kalau C230 V6 ok ke bang dari segi maintains
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Ini adalah sebahagian daripada apa yang saya boleh kongsi berkenaan W204 V6 (Agak Panjang huraiannya, harap dapat membantu Tuan dalam mencari jentera W204 yang didatangi engine V6 M272): Kalau nak kata tentang maintenance V6 ini khususnya Engine M272, agak tinggi sedikit berbanding engine V6 lain ataupun dalam model W204 iaitu M271 Kompressor ataupun Engine CGI. Saya berikan sedikit latar belakang berkenaan Engine M272 ini supaya Tuan boleh memahami & boleh menilai samaada ok kah atau tidak untuk Tuan ambil W204 dengan Engine V6 (M272) ini. Pertama sekali, Engine M272 V6 ini boleh dilihat ada di model-model Mercedes-Benz yang lain pada era 2000-an bermula tahun 2004 sehingga 2014. Kedua, Engine ini menggunakan Balance Shaft, dan benda ini terletak di tengah-tengah di dalam engine tersebut untuk mengatasikan masalah gegaran disebabkan design engine ianya yang berbentuk 90 darjah . Seterusnya, Apakah masalah yang sering timbul di engine M272 V6? 1. Balance Shaft: Kebanyakkan engine M272 V6 yang bermula daripada tahun 2004-2008 akan mengalami masalah ini tidak kira ianya model W204 ataupun model-model yang lain. Balance Shaft ini kalau didapati rosak, akan menyebabkan engine kehilangan power, engine gegar & akan timbul lampu ‘Check Engine Light”( Ini untuk yang dah serious rosak). Benda ini berlaku tidak kira masa ataupun mileage kerana benda ini berlaku DISEBABKAN gear tersebut diperbuat daripada kualiti yang agak lembut menyebabkan gear itu haus maka “timing chain” tidak dapat berpusing dengan baik. BAGAIMANA NAK BAIKI & BERAPA KOS-KOS UNTUK BAIK PULIH?: Cara pertama dan terkakhir adalah, membawa keluar engine sepenuhnya daripada kereta & barai engine tersebut untuk tukar “Blance Shaft”. Kebanyakkan workshop yang saya survey harga baikpulih untuk buat itu sahaja dalam anggaran RM11K~RM15K (Ini belum masuk barang tambahan sekiranya ada yang perlu tukar pada masa membuka engine tersebut). Oleh itu, perkara ini adalah sebenarnya masalah yang besar untuk pengguna M272 & masalah ini pernah ada recall untuk pengguna Mercedes pada tahun 2006~2008 untuk baikpulih benda tersebut (Di Malaysia Tiada Recall Untuk Baikpulih Masalah ini). Cara untuk tahu sama ada C230 yang Tuan sedang berminat itu ada masalah tersebut adalah dengan Check No.Vin/Chassis kereta tersebut. 2. Intake Manifold : Intake manifold ini terletak di atas engine (Bawah E.C.U) & fungsi untuk kawal ‘flap’ angin keluar masuk untuk engine apabila memandu, flap ini akan buka & tutup berdasarkan power yang kita nak daripada engine sama ada masa overtake ataupun pandu secara ‘cruise’. Kebanyakkan masalah yang berlaku berkenaan Intake ini adalah kekurangan power apabila kita nak overtake ataupun naik bukit semestinya kena tekan pedal lebih, supaya ada ‘pick-up’ tetapi apabila flap tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik disebabkan batang yang kawal flap tersebut patah, maka kekurangan power berlaku & engine akan tidak dapat hasilkan power yang dimahukan. BAGAIMANA NAK BAIKI & BERAPA KOS-KOS UNTUK BAIKPULIH? : Cara pertama adalah tukar satu unit “Intake Manifold” tersebut dengan yang baru (kebanyakkan workshop akan lakukan ini untuk jimat masa serta lebih menguntungkan untuk mereka). Kedua, adalah dengan cara tidak menukar benda tersebut baharu tetapi menukarkan batang yang kawal flap itu sahaja & cara ini dapat menjimatkan serta dapat menggunakan kualiti yang lebih bagus kerana ianya diperbuat daripada KELULI berbanding dengan yang Original adalah jenis plastic. Jadi disitu, Tuan boleh nampak masalah ini terjadi disebabkan batang tersebut adalah plastic maka bila usia sudah lebih daripada 10tahun jawabnya benda itu pun patah & perlu tukar. 3. E.C.U: Untuk model W204 yang didatangi V6 M272, ECU ia terletak betul-betul di atas engine di bahagian tengah engine. Apabila ECU diletak di bahagian yang panas iaitu di tengah-tengah bahagian engine ataupun berdekatan dengan engine maka komponen yang ada di dalam ECU akan mudah untuk rosak serta ini mengakibatkan macam-macam error yang akan timbul & ada sesetengah yang mengalami engine tiba-tiba mati, idle tidak stabil, kereta tersemput-semput apabila memandu & sebagainya (Kebanyakkan akan mengalami masalah ini sama-ada v6,CGI atau Kompressor). BAGAIMANA NAK BAIKI & BERAPA KOS-KOS UNTUK BAIKPULIH? Cara pertama adalah, hantar repair ECU tersebut kepada yang pakar bab-bab electronic ECU kereta, kerana masalah yang timbul adalah kerana circuit board di dalam terbakar ataupun sudah sampai jangka hayatnya, dengan cara ini dapat selamatkan balik ECU yg sedia ada, & menjimatkan kos. Anggaran dalam RM 300~RM1500 (Harga ini berdasarkan tahap kerosakan ECU tersebut). Cara Kedua, menukar ECU baharu , anggaran dalam RM5k~RM8K. MASALAH-MASALAH LAIN: 1. Suspension: Shock Absorber untuk model V6 sedikit berbeza berbanding dengan model kompressor atau CGI, kerana ia ada sensor di absorber untuk keras atau lembut. Harga 1set depan dalam RM2,200 & Belakang 1set RM2,100.(Brand Monroe). 2. Wiring Lampu Depan & Lampu belakang : Wiring untuk Mercedes pada era tersebut akan banyak mengalami masalah wiring & perlu dibuat semula untuk mengelakkan wiring short di sebabkan kulit wire mengelupas. 3. ABS Pump/Module. 4. Central locking Actuator. 5. GearBox 7speed (722.9) : Untuk model V6 akan mempunyai Gearbox 7 Speed iaitu Gearbox ini kebanyakkan problem yang dialami adalah, Gear sentap apabila tukar gear, Gear tidak tukar, & sebagainya. Valvebody, T.C.U & Conductor-Plate juga boleh jadi akibat daripada masalah-masalah yg diatas. Sebaik-baiknya kalau nak pakai 7speed check dahulu VGS siri berapa kerana, untuk VGS1 kalau ada problem hendaklah tukar kedua2 komponen iaitu valve body & conductor plate. Untuk VGS 2 & 3, ia perlu tukar sahaja conductor plate & T.C.U. VGS ini boleh check melalui VIN/Chassis No. Saya harap perkongsian saya ini sedikit sebanyak dapat membantu Tuan dan penonton yang lain di Channel ini dapat bersiap sedia & ambil maklum berkenaan masalah-masalah yang sering berlaku di model tersebut sebelum membeli W204 V6 (M272) ini. Terima Kasih juga kerana menonton video ini!🙏🏻😁
@mohdshukri2689
@mohdshukri2689 2 жыл бұрын
@@HikalBenzChannel knowledgeable 👍👍
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
@@mohdshukri2689 sikit2 bolehlah tuan tq🙏😅
@adyputrajailani1287
@adyputrajailani1287 2 жыл бұрын
Model ni mana nak beli? Area kL ada jual tak?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Tuan boleh cuba cari di platform seperti Mudah.com , Carlist serta FB Marketplace. Di KL ada banyak yang nak jual & macam-macam specification ikut Tahun dibuat & Model apa yang dicari.
@fnufaritze40
@fnufaritze40 2 жыл бұрын
Hello, Assalamualaikum. Saya ada minat dengan w140, dengan harga yang lebih kurang sama mana lagi best compare to this?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Waalaikumussalam, perkara ini agak subjektif tetapi ikut minat individu seseorang itu. Kalau nak dibandingkan antara kedua-duanya ia memang berbeza daripada segi segmen, comfort, reliability & juga maintenance. & kalau tuan tnya mana best , kedua-dua best,jadi ambil dua-dua senang nak tukar- tukar bila sudah bosan dengan w140 boleh tukar ke w204😅 Senang cerita w204 ini untuk nak rasa jiwa muda boleh ambil sebabnya lebih sporty serta kecil berbanding W140 & juga lebih jauh muda daripada W140. Dan untuk yang suka nak modify memang sesuai sebab aftermarket accessories banyak di pasaran. Kalau jiwa otai yang mana maukan keselesaan & besar maka W140 yang sesuai.
@fnufaritze40
@fnufaritze40 2 жыл бұрын
@@HikalBenzChannel many thanks for your reply, saya baru malam tadi purchase w204 c200 cgi pre fl, sebab memang secara dimension lebih "normal" untuk daily use so wife saya pun boleh bawa juga, dari segi looks pun wife lebih suka. Dan juga memang lebih susah untuk dapatkan w140 yang masih pristine condition especialy untuk interior. Walaupun saya tahu kalau w140 value dia akan selalu naik and will be modern classic legend so it will be a good investment if we keep them right. Anyways, thanks for your review about w204 and w140 before, very helpful. Welldone sir!
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
@@fnufaritze40 wahh tahniah jadi pemilik Mercedes-Benzw204!👏👏 Ya betul senang nak bawa especially dalam Town & orang kata bawa w204 nampak muda walaupun umur sudah lanjut usia😅 Inshaallah mana tahu ada rezeki dapat W140, boleh tukar2 apabila sudah bosan bawa yang kecil boleh bawa paling besar, orang kata "best of both worlds" hehe You're most welcome & I am grateful for your support by watching as well as commenting on the videos sir!🙏
@logtiy_real6137
@logtiy_real6137 2 жыл бұрын
Mmg menarik ,nvm dkt masjid bentong
@Mrfarisha91
@Mrfarisha91 Жыл бұрын
Salam tuan. Saya tengah survey w204 2010. Harga sekitar rm30k. Boleh bg pendapat tuan berapa saya kena standby duit lebih untuk fully restore supaya worries free utk jalan jauh?paling risau breakdown di tengah jalan.
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 11 ай бұрын
Waalaikumussalam Tuan, roughly dalam 10k~20k depending on the condition of the car. Kalau owner sebelum itu jaga baik maka tak banyak duit nak kena belanja tetapi kalau dapat yang tak jaga duk lenjan maka macam-macam nak kena belanja. Silap-silap belanja sama macam kos dibeli. Pada pendapat sayalah, apabila kereta used ini kunci utama untuk mengelakkan atau mengurangkan peluang untuk jadi kereta yang kita beli itu breakdown tengah bawa adalah buat 'Preventive Maintenance ' supaya dapat hindarkan daripada ia terjadi. Walaubagaimanapun kalau ditakdirkan benda nak jadi juga maka kita reda & harungi sahaja.. Benda yang perlu diperiksa & perlu dibuat : 1. Engine Oil/filter Service 2. ATF Service 3. Brakes ( jika perlu sahaja) 4. Tyres ( jika perlu sahaja) 5. Battery & AUX battery( jika perlu sahaja) 6. Oil cooler - sekiranya sudah mula leaking drpd oil cooler atau coolant sudah campur air lebih baik baiki benda tersebut. 7. Cooling system, hose2, radiator, waterpump perlu diperiksa sekiranya ada bocor perlulah tukar. 8. E.S.L ( perkara ini saya pernah kongsi dalam channel ini. ) 9. V-belt ( belting & pulley yang ada perlu diperiksa, kalau nak peace of mind tukar lah belt tersebut. Kalau putus maka kereta pun naik tow truck. Sebabnya tidak tahu bila terakhir ditukar. Kalau masih ok tiada crack maka boleh pakai lagi). 10. Diagnose semua electronic yang ada supaya boleh tahu electrical system OK. Ini adalah sebahagian daripada apa yang saya buat kalau beli kereta used, supaya nanti bila nak outstation tidak lah berapa risau, buatnya kereta breakdown di jalan sunyi /gelap lagi masalah. Harap perkara yang diatas ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada tuan untuk bersiap sedia daripada segi mental & kewangan, sebelum memiliki jentera yang hendak dibeli itu. Terima Kasih!
@HK-gc7xz
@HK-gc7xz 9 ай бұрын
@@HikalBenzChannelhikal buat video complete preventive maintenance ni bro
@freelandinc
@freelandinc 2 жыл бұрын
Tahun /model yang mana baik dan buruk?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Sebenarnya Tuan, model & tahun ini ikut juga kepada peminat W204 sebabnya saya cakap begitu kerana akan ada yang akan kata, model pre-facelift (2007~2010) yang baik ada pula yang akan kata model facelift (2011~2014) yang lebih baik. Jadi perkara ini agak subjektif, apa yang boleh saya kongsikan dengan Tuan adalah kedua-duanya ada Baik & Buruknya. Sekiranya First owner jaga dengan baik maka tidak kira samaada ianya pre-facelift ataupun model facelift inshaallah ia akan baik sahaja. Kalau diikutkan model awal iaitu 2007~2009 ini adalah fasa baharu untuk W204, bila baru keluar pada masa tu, masalah-masalah yang ada akan diperbetulkan oleh Mercedes untuk tahun seterusnya maka model W204 selepas 2009 ini serba sedikit telah diperbaiki & upgrade mana yang perlu. Jadi lebih baik ambil model selepas 2010 sehingga akhir fasa W204 iaitu 2014. Hal ini kerana, model 2010~2014 untuk W204 sudah didatangi dengan Engine CGI (C180,C200 &C250) iaitu lebih baik berbanding Engine Kompressor. Untuk Engine V6, seperti yang saya beritahu dalam video bahawa model facelift ada yang sesetengah didatangi dengan Engine M276 yang mana lebih efisen & lebih baik daripada semua segi kalau dibandingkan dengan Engine M272. [INFO TAMBAHAN: Untuk M272, pastikan periksa No. Engine untuk memastikan engine tersebut tidak mengalami masalah Balance Shaft & camshaft.] Seterusnya, Gearbox untuk W204 di Malaysia akan ada dua iaitu 1. 5 Speed 722.6 (model 2007~2010) 2. 7 Speed 722.9 (model V6 serta model facelift) Kedua-duanya ada baik/buruknya, Salah satu perbezaan utama antara 722.6 5-Speed ​​dan 722.9 7-Speed ​​ialah Transmission Control Module (TCU) diletakkan di dalam GB . TCU dipasang atas Valve Body. Manakala GB sebelumnya (5 Speed 722.6), TCU dipasang di luar GB. Dengan memasang TCU di atas Valve Body seperti di (7 Speed 722.9) Mercedes dapat mengurangkan panjang wayar antara Valve Body dan TCU. Kalau Tuan faham maksud ini ,bermaknanya Tuan boleh nampak bahawa 7 Speed ini dia agak complicated sekiranya TCU rosak pun perlu la buka bahagian GB untuk membawa keluar TCU itu sahaja untuk repair maka ini akan jadi tinggi sedikit "Labour Cost" berbanding dengan 5 Speed TCU terletak diluar senang untuk bawa keluar & pasang semula. Masalah Conductor Plate & Valve Body ini juga sering dikaitkan dengan GB 7 Speed. Untuk perbandingan, GB 5 Speed ini boleh dikatakan seperti GB lama sebabnya, GB 5 Speed ini ia pertama kali dipakai di Model S-Class W140 jadi kalau dibandingkan GB 5 Speed vs 7 Speed ini pastinya 7 Speed lebih modern, efisen & jimat minyak. 5 Speed GB juga ada masalah ianya tersendiri seperti masalah conductor plate crack, gear tidak tukar & sebagainya, tetapi kos-kos untuk repair lebih murah sedikit berbanding dengan 7 Speed 722.9 kerana GB 5 Speed ini spare parts murah sebabnya dah banyak model Mercedes sebelum-sebelum ini yang memakainya bukanya W204 sahaja. Oleh itu, kedua-dua GB ini ok sebenarnya sekiranya dijaga baik oleh First Owner, tapi untuk peminat tegar Mercedes akan setuju bahawa 5 Speed ini lebih lasak & senang nak dijaga berbanding dengan 7 Speed ini kena dijaga baik-baik supaya tidak hadapi masalah pada masa yang akan datang & kena ada mechanic yang arif dengan GB ini supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan kos untuk baiki jadi lebih mahal drpd sepatutnya.
@askme1100
@askme1100 2 жыл бұрын
Tuan Haikal, Bagi W204 GB 5speed (722.6), selain model tahun 2010, model year manakah yang mempunyai transmisi 5speed ini? Berdasarkan kepada penelitian terhadap huraian Tuan dalam ruangan komen, tahun 2010 dan 5speed serta kereta properly maintained oleh first owner merupakan tips baik utk mencari W204 ini. Terima kasih 🙏🏻 😃
@SkSk-rq8bx
@SkSk-rq8bx 2 жыл бұрын
Bole beri link episod2 w204 tak?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Video terbaru & juga sambungan video berkenaan W204 sudah saya up kan di youtube channel ini. Terima kasih!
@aminuddinmohdariff8583
@aminuddinmohdariff8583 Жыл бұрын
Apa beza c200 dgn c300? Tk
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
Perbezaan C200 & C300 adalah daripada Engine, Gearbox, specification kereta tersebut. Di Malaysia, C300 w204 adalah high spec berbanding daripada C200,230,250 kerana harga pun masa baharu boleh beli sebuah E class. Tambahan pula, tak banyak yang membelinya kerana harga ia agak mahal & untuk masa sekarang C 300 w204 agak rare serta ia betul 3.0cc N/A engine bukannya nama sahaja 300 tetapi CC sebalik & ada turbo kah apa. Harap ini dapat membantu memahami sedikit sebanyak berkenaan C200 & C300. Kalau nak diceritakan memang ada beza daripada C200😅
@hafizhasan7605
@hafizhasan7605 Жыл бұрын
Mana nak dapat parts kompressor ni ya?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
Boleh cuba call kedai spare parts mercedes seperti King Hup, Sharikat Automatic & kalau nak cari Used parts pun boleh cuba di FB Marketplace, kadang kala ada yang masih elok lagi & harga pun berpatutan.
@dato_syuk
@dato_syuk Жыл бұрын
tuan stock ada lagi ke?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel Жыл бұрын
Maaf, ni bukan untuk dijual. 😅🙏
@ibnuwalid4223
@ibnuwalid4223 2 жыл бұрын
minat tp takot tak tertanggung maintenance die..😁..teringin nak rasa pakai continental..
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Inshaallah boleh tanggung maintenance dia sekiranya first owner jaga inshaallah tak banyak benda nak kena buat. Wear & tear akan ada biasalah kereta terpakai kan tuan, tetapi daripada segi meragam tu so far pakai yang ini lebih 5 taun tak banyak meragam. Tambahan pula, spare parts w204 banyak & bermacam- macam harga boleh dapat. Jika rajin, beli brg sendiri & dapat la jimat serba sedikit. Apa yang saya boleh bagi tau kalau buat " preventive maintenance " kereta jarang bagi masalah. Bab module or electronic memang tak dapat lari daripada masalah. Tetapi bab mechanical engine serta GB memang tahan lasak tuan. Semoga dimurahkan rezeki untuk merasa pakai kereta- kereta Conti2 ini🤲👍
@muhammadabdulaminchefizul3070
@muhammadabdulaminchefizul3070 8 ай бұрын
​@@HikalBenzChanneltuan, kereta ni pernah ada masalah gearbox? Minyak dia jimat tak?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 8 ай бұрын
@@muhammadabdulaminchefizul3070 setakat ini tak ada pernah lagi masalah besar GB, tetapi 6/7 tahun lalu ada buat bunyi pelik apabila masuk gear ke D & Reverse. hasil pemeriksaan semasa nak tukar minyak atf, valve body kotor sedikit & saya buat keputusan untuk cuba cuci valve body & servis GB dengan tukar minyak GB menggunakan minyak atf ori merc. alhamdulillah lepas buat semua benda tu, tiada bunyi-bunyi pelik sampai sekarang. Paling penting dalam menjaga GB Merc ni pakailah minyak dia (ikut spec GB kereta tersebut), filter ori & rajinkan servis. Elakkan mengikut & mempercayai "Lifetime Transmission Fluid"..itu semua mengarut melainkan siap sedia untuk hadap masalah GB pada masa akan datang. Kalau berkenaan minyak fuel consumption, boleh tahan juga jimat. Tertakluk juga kepada cara pemandu tu bawa, traffic & jarak perjalanan. Sebagai contoh, kalau memandu dalam KL ini boleh dapat bawah 14l/100km untuk 5 Speed. kalau 7 speed kurang sikit daripada itu. Kadang kala ada naik sampai 18l/100km kalau banyak memandu stop & Go traffic. Sekiranya di highway, lebih jimat, kalau guna cruise control boleh dapat bawah 10l/100km. Di sini, 5S VS 7Speed tentulah 7speed lebih sedikit jimat sebab ada extra 2 gear & apabila cruise RPM lebih rendah. Apa pun kedua-duanya jimat minyak melainkan ada masalah dengan kereta tersebut maka kuatlah pakai minyak tak kira 5/7 Speed.😅
@juekftravel4930
@juekftravel4930 2 жыл бұрын
Kereta ni reliable tak?
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Kalau diikutkan agak reliable kalau dibandingkan dengan model sebelum ia iaitu W203 & W204 ni juga spare parts pun masih ada & mudah untuk dicari. Bab wear & tear tu memang tak dapat dinafikan akan ada sebabnya kereta pun dh berumur & bila sampai masa kena tukar benda yg dah rosak, jadi disitu kalau nak ingin memakai hendaklah ada duit simpanan lain untuk maintain kereta tersebut. Harga untuk maintain tu terpulang kepada individu, ada yang kata murah & ada yang kata sebaliknya. Org kata " ukur baju di badan sendiri" kalau nak memakai kereta continental ini.😅 Jika dibandingkan dengan kereta jepun ia akan nampak mahal tetapi kalau dibandingkan dengan kereta continental yang lain harga cost untuk maintain lebih reasonable & affordable untuk maintain w204 ini. Inshaallah pada bulan ini saya akan upload video berkenan beberapa perkara yg perlu diambil maklum sebelum membeli w204 ini.
@2020aliworld
@2020aliworld 2 жыл бұрын
Kedai kat mana
@HikalBenzChannel
@HikalBenzChannel 2 жыл бұрын
Bukan untuk dijual tuan..😅
Smart Sigma Kid #funny #sigma
00:14
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 88 МЛН
HELP!!!
00:46
Natan por Aí
Рет қаралды 17 МЛН
Ouch.. 🤕⚽️
00:25
Celine Dept
Рет қаралды 29 МЛН
Baru nak beli Mercedes C200 W202? Tengok video ni dulu
17:49
Fatdanyboi
Рет қаралды 46 М.
MERCEDES BENZ C CLASS W204 COOL and  UNKNOWN  FEATURES + TIPS
17:07
mikeyz vlogz
Рет қаралды 539 М.
How Much Does it Cost To Own a Mercedes Benz W204?
4:51
Haniff Yahya
Рет қаралды 7 М.
Smart Sigma Kid #funny #sigma
00:14
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 88 МЛН