Singgang Ikan Kembung

  Рет қаралды 416,351

Che Nom

Che Nom

Күн бұрын

Jom masak menu simple tapi cukup nostalgia bagi Che Nom iaitu Ikan Kembung Masak Singgang. Resepi ini boleh dikategorikan sebagai menu sihat kerana tiada penggunaan minyak dan tidak perlu perlu menumis. Ada rasa rempah segar yang direbus, ada rasa masam dan rasa pedas dari cili padi. Memang sangat segar rasanya bila menghirup kuah.
Kalau rasa tak sedap tekak, tapi nak makan sup sudah agak biasa. Jadi sesekali kita tukar dengan menu singgang ikan kembung, cuma perlu pastikan guna ikan fresh.
Nak kata menu bajet pun tidak juga sebab ikan pun dah kategori lauk kayangan sekarang ni. Apa-apa pun memang mudah dan sedap sangat menu ni.
// Bahasa Melayu
--------------------------------
Bahan-bahan:
8 ekor ikan kembung
Sedikit kunyit
Sedikit garam
3-4 cawan air
1 batang serai
1 inci halia
2 ketul kunyit hidup
1 inci lengkuas
1-2 keping asam gelugor
4 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
6 tangkai cili padi
1 biji tomato (pilihan)
Sedikit ikan bilis (pilihan)
Sayur bendi
Garam & gula secukup rasa
Serbuk perasa, jika suka
//English
--------------------------------
Ingredients:
8 pieces mackerel fish
A little bit turmeric
A little bit salt
3-4 cups water
1 lemongrass
1 inch ginger
2 pieces fresh turmeric
1 inch galangal
1-2 tamarind slices
4 cloves garlic
2 indian shallots
6 stalks bird's eye chilli
1 tomato (optional)
Little bit anchovies (optional)
Okra
Salt & sugar to taste
Seasoning powder, if like
Instagram: bit.ly/CheNomIn...
Twitter: bit.ly/CheNomTw...
Facebook: bit.ly/CheNomFa...

Пікірлер: 230
@fromthismoment6657
@fromthismoment6657 2 жыл бұрын
Menu simple yang mudah dibuat dan amat menyihatkan. Che Nom tetap unggul dan terbaik. Tksh Che Nom dgn perkongsian resepi yg menyelerakan
@zahrahkhamis1778
@zahrahkhamis1778 2 ай бұрын
❤❤❤
@iis_iis
@iis_iis 2 жыл бұрын
Lauk ni memang kegemaran saya. Suka hirup2 kuah tu 👍
@sitiecah98
@sitiecah98 2 жыл бұрын
Hye che nom.. alhamdulillah , lauk fevert saya.. terima kasih che nom shre respi.. suka sngt dgn smua video che nom..
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Hai Aishah. Terima kasih ye :)
@saadiahmohamed
@saadiahmohamed 2 ай бұрын
Salam sayang buat cek nom saya nk tanya klau tk ada asam keping bolh tk saya gunakan air asam jawa terima kash
@norhazrinharun5686
@norhazrinharun5686 2 жыл бұрын
Alhamdulillah sedapnya lauk ni. Wpun ada lain sikit Dr cara mak sya aja OK je. Xde slh dlm masakan ,asal sedap n blh Di makan. Klu xde selera ke, tekak x sedap ke InsyaAllah lauk ni blh buka selera. Tima kasih Che Nom.. Mudah2an Allah pmudahkan Che Nom dgn resepi2 seterusnya... Aamiin
@maziahahmad3294
@maziahahmad3294 2 жыл бұрын
Assalamualaikum Che Nom,salam perkenalan dari saya☺️ Sedap resepi ikan singgang ni,abah saya pun suka lauk macam ni bertambah -tambah makannya.Terima kasih Che Nom kongsi resepinya.
@faizikamarudin4608
@faizikamarudin4608 Жыл бұрын
Tibe wife nk makan kembong masak singgang.terus tgk resepi che nom.harap menjadilah masakkan sya hari ini.tq che nom resepinya
@Delilafamily31
@Delilafamily31 2 жыл бұрын
Tengah fikir nak masak apa malam ni sekali ada notification Che Nom terus tengok..okey dapat idea nak masak lauk malam ni🥰🤩...terima kasih Che Nom
@engkumuhammadfahmi961
@engkumuhammadfahmi961 2 жыл бұрын
singgang ikan , one of my fav menu . . . hi³ tgk Che Nom masak , terus terliur . blh request org rumah buatkan ni ❤️
@norriej9873
@norriej9873 2 жыл бұрын
Masak singgang memang sedap. Terutama bila makan dengan budu+durian/tempoyak atau sambal belacan. Tapi family saya masak singgang tak masukkan halia dan serai. Juga, Kami masukkan sedikit gula merah/manisan
@pawonndesoo
@pawonndesoo 2 жыл бұрын
Waah ini seger banget che nom.. enak...👍👍
@zahrahkhamis1778
@zahrahkhamis1778 2 ай бұрын
Sedap menu singgang ni😊
@nrmirhd7781
@nrmirhd7781 2 жыл бұрын
semalam saya masak ayam masak lemak che nom,semerbak bau sedap rasenye...hari ni ingat nk masak singgang kembung tibe che nom up pulak video ni so blh la buat rujukkan..terima kasih che nom...
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Sama2..Alhamdulillah
@selamiahyong8933
@selamiahyong8933 2 жыл бұрын
Ikan singgang kt Trg x gune serai, halia, d bawang..tpi bbh bawang putih lagi sedap.. Yg pasti ikan tongkol, tengiri, kembong, selayang....
@zaihamid78
@zaihamid78 2 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Tkasih Cik nom share resipi 🌷
@tokonokenjoy8558
@tokonokenjoy8558 2 жыл бұрын
Ikan kembong pun tgk ikan yg bagaimana....ada kembong lemak & ada kembong yg tak boleh bawa bincang. Yg lemak tu la sedap masak apa pun. Che Nom masak apa pun semuanya nampak macam sedap! 😁🤤
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Macam mana kembung yang tok boleh bawa bincang tu? hihi
@tokonokenjoy8558
@tokonokenjoy8558 2 жыл бұрын
Kembung yg boleh bawa bincang tu...isinya lembut, rasa manis lemak dan bila di goreng harum manis nya boleh bau satu blok/kg! 😅🙋
@mddaudawang7767
@mddaudawang7767 2 жыл бұрын
Assalammualaikum che nom didoakan agar sihat sejahtera n dimurahkan rezeki n semoga terus suksess hendaknya...utk tips masak singgang...selain ikan kembung..ikan yg paling sedap ialah ikan parang bersama telurnya..ikan lain ialah tenggiri atau ikan tongkol....satu lagi tips nak masak singgang...jika Nak sedap bahan2 tadi ditumis dgn sedikit minyak n kemudian dah layu masukkan air n ikan n sedikit kiub pati ikan bilis or kiub ayam...tak percaya leh try....tahniah che nom n tkasih atas resepinya n selamat maju jaya...tkasih
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Waalaikumsalam. Terima kasih share tips. Nanti Che Nom cuba
@ctmira6194
@ctmira6194 2 жыл бұрын
Menu ni salah satu febret orgtua sy.. mmg sedap dan sihat..
@robaatonalias2111
@robaatonalias2111 Ай бұрын
Terima kasih cik nom. Memang resepi sihat
@kuryuhedez-captainkaizo8872
@kuryuhedez-captainkaizo8872 Жыл бұрын
Tak tau nak mkn apa, try lah resepi Che Nom nih utk family... Sekali Nah kau... anak² dgn isteri bertambah nasi... habis nasi seperiuk, smpi kena msk nasi baru 😂... Kena plak dgn ikan masin bulu ayam + telur dadar + keropok ikan + budu (gabungan masin dan masam)... Syahduuuu gaissss... 'Menyandor tepi' lepas tu... Terima kasih Che Nom atas perkongsian resepi ni, halalkan yer utk kami... Moga bertambah & melimpah rezeki Che Nom sekeluarga... InSyaAllah Aminnnn 🤲🏻😘 P/s : Resepi Che Nom ni auto jadi antara menu utama den sekeluarga...
@lanebendin
@lanebendin 2 жыл бұрын
masakan feveret no 1 sya..sya suke pakai cube pati ikan bilis dan letak sekeping asam keping nak bg masam2 sket
@LiNa-ti6nn
@LiNa-ti6nn 2 жыл бұрын
Cara Yang ditunjukkan memang terbaik lah Che nom
@JoharieAhmad
@JoharieAhmad Жыл бұрын
Baru je cuba,anak kata sedap tq che nom...
@zaradahdollah4466
@zaradahdollah4466 Жыл бұрын
Salam Che Nom Mak ni org Kelantan Singgang ikan paling mak suka
@JJ-wm4gt
@JJ-wm4gt 2 жыл бұрын
Time hujan ni...selera pulak nengok resepi ni. 😁👌😋
@farahdina4075
@farahdina4075 2 жыл бұрын
Kebetulan, baru masak singgang ikan kembung utk lunch tadi 😁
@noorazizahnasarudin9250
@noorazizahnasarudin9250 2 жыл бұрын
Sedap menyelerakan kesukaan saya ini
@rosmizahkeman1031
@rosmizahkeman1031 2 жыл бұрын
Waalaikumussalam wbt kepada semua yang memberi salam... terima kasih dan sayang Che nom atas perkongsian resepi nya...auchhhh ikan kesukaan saya ni...bijak laksana Che nom pilih resepi di saat cuaca di Malaysia sekarang... moga kita semua terus berada dalam KEBAIKAN in Shaa Allah.
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Terima kasih atas doa, Rosmizah 😊
@yatieseninyatiesenin8164
@yatieseninyatiesenin8164 2 жыл бұрын
Che nom, letak daun kesom lagi sedap🤤🤤🤤🤤
@paipai518
@paipai518 2 жыл бұрын
Sedap ni...style mak2 ni... Padu...
@suhail4733
@suhail4733 2 жыл бұрын
Faveret umi saya ni. Harap dapat tengok che nom masak daging singgang pula :)
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
InsyaAllah..
@alizainalabidin4196
@alizainalabidin4196 2 жыл бұрын
perfect dish for tengkujuh pahtu campur budu lagi
@fudyn8527
@fudyn8527 2 жыл бұрын
My favourite..mkn Mesti bertambah 😍😍
@maryamabdullah913
@maryamabdullah913 2 жыл бұрын
Saya suka masak lauk ni sedap
@chempakasari2989
@chempakasari2989 2 жыл бұрын
Sy dh 2hr buat singgang ikan ayer...tp versi tranung...lawan budu dan ulam...3x tambah nasi..
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Sedapnya ikan ayer
@ummualeesa4540
@ummualeesa4540 2 жыл бұрын
Semalam baru masak lauk ni... Guna ikan perang... sedap mmg fav sgt²... Tp sy panggil lauk ni Pindang....
@zzzzba8359
@zzzzba8359 2 жыл бұрын
Ya betul.. Yg ni sy panggil pindang Kalau singgang x letak kunyit , serai jg halia
@ummualeesa4540
@ummualeesa4540 2 жыл бұрын
@@zzzzba8359 iye btl... Sama lh... Klu Singgang kuah putih
@norlisaabdulrahman6071
@norlisaabdulrahman6071 Жыл бұрын
Orang Terengganu tak ada panggil pindang, memang dari zaman dulu panggil singgang. Singgang orang Terengganu memang warna kuning cair, orang kelantan rasanya yang warna jernih sebab tk letak kunyit hidup. Biasanya singgang orang Terengganu tak ada serai tapi wajib kunyit dengan lengkuas…
@mawarmariana
@mawarmariana 2 ай бұрын
Singgang kembung pelaling ❤
@kakitiru4666
@kakitiru4666 5 ай бұрын
Nk LG power style org kg dlu2,..halia, kunyit, lengkuas, bwang Putih, ketuk je smua..xyah hancur asal pecah2...xde hiris2 smua ketuk2 BG pecah2 skit..😅
@mencaripasal7773
@mencaripasal7773 2 жыл бұрын
ikang singgang cicoh budu patu tamboh poyoh = hidup ini nikmat
@anasasmawi3731
@anasasmawi3731 Жыл бұрын
Pandai che nom pilih bckground music
@hafizzan2013
@hafizzan2013 2 жыл бұрын
perrr... lama x mkn patin masak singgang... hmmm 😌
@aishahmohamed9634
@aishahmohamed9634 2 жыл бұрын
Nanti che Nom buat nasi kerabu pulak ya.
@uummii125
@uummii125 2 жыл бұрын
❤️ thank u Che Nom..
@rahmanismail2837
@rahmanismail2837 2 жыл бұрын
Terbaik che nom
@haslinahashim9030
@haslinahashim9030 2 жыл бұрын
Ooooo..tu dio letak ikan bilis,nanti nak bubuh lah,x pernah letak ikan bilis,mesti lebih sedap kn kuah die 😋
@Qu3st_Qu33n
@Qu3st_Qu33n 7 ай бұрын
2:04 dipanggil 'kunyit hidup' untuk membezakan kunyit serbuk. untuk bahan masakan di dapur ada ke orang pakai serbuk halia dan lengkuas?😁
@nurulsyuhadahakimin20
@nurulsyuhadahakimin20 2 жыл бұрын
Salam che nom boleh saya tahu belanga che nom tu beli dari mana ya? Tqqq chenommm
@fami6545
@fami6545 2 жыл бұрын
Sedapnya
@adilalovedongho
@adilalovedongho 2 жыл бұрын
Lauk faveret no 2 yg kne byk kuah 😂
@sitinuraqilah8947
@sitinuraqilah8947 2 жыл бұрын
che nom nk resipi ikan patin masak tempoyak🥺
@rustadullah146
@rustadullah146 Жыл бұрын
terima kasih
@nurulatiqah6052
@nurulatiqah6052 2 жыл бұрын
che nom, resepi nio orang pantang lepas besalin boleh mkn x?
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Orang berpantang memang sesuai sangat makan
@saripahdawam831
@saripahdawam831 2 жыл бұрын
Ooh.bukn siggag.tapi masak.pindag klu singgang di tumis dgn alba..
@sidana7797
@sidana7797 2 жыл бұрын
Menu berpantang hakak ni Che Nom!
@accella6254
@accella6254 Жыл бұрын
Weldone
@norjariaharif4277
@norjariaharif4277 Жыл бұрын
Cik nom.... Pisau baru ye
@randompics7096
@randompics7096 2 жыл бұрын
😳 wow
@calyanee
@calyanee 2 жыл бұрын
What does singgang means puan?
@mimishamimi7026
@mimishamimi7026 Жыл бұрын
🤤🤤🤤🤤
@shahjulai
@shahjulai 2 жыл бұрын
Waalaikumussalam wbt. Nak tanya pisau tu. Berapa harga😅. Pisau tu kalau potong daging lembu mmg laju je tak mcm pisau biasa. Ni kalau utk melapah lembu sekor pun tak ada hal kalau tajam mcm tu.
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Pisau Pro Chef's Knife Zwilling. Memang tajam steady kalau melapah isi daging ni
@shahjulai
@shahjulai 2 жыл бұрын
@@CheNom terima kasih kerana bagi tahu. 😄Harga pun ok ok je. Sbb tgok mcm selesa cara pegang
@norjariaharif4277
@norjariaharif4277 Жыл бұрын
Asam masuk awak ertinya ikan tidak lembut tapi kenyal
@mdmnanny7334
@mdmnanny7334 2 жыл бұрын
Salam @che nom nak tanya kuali tu apa brand beli dekat mana
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Wsalam. Che Nom beli dekat Shopee jenama Zwilling-Twin Nova
@mdmnanny7334
@mdmnanny7334 2 жыл бұрын
@@CheNom terima kasih che nom semoga murah rezeki che nom sekeluarga 🤲
@래철하니
@래철하니 Жыл бұрын
Hidup lg lengkuas ni 😂😂😂😂😂
@bigtonlife
@bigtonlife 2 жыл бұрын
Kali pertama saya Komen dalam channel Che Nom ni...semoga Che Nom dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik..
@nyachittan4278
@nyachittan4278 2 жыл бұрын
} qq
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Terima kasih komen
@FitriaSafaaz
@FitriaSafaaz 2 жыл бұрын
Maa syaa Allah enak banget ini aq suka ikan rebus.. Ikan kembung nya masih seger fresh.. pasti rasanya masih manis" wangi seger banget kuahnya di pencetin cabe rawit pedes endul...
@zulvlog4286
@zulvlog4286 2 жыл бұрын
Abg Zizan memang suka Ikan Singgang ni.. Terbaik Che Nom.. Tq for sharing👍😃
@PancakeTopp
@PancakeTopp 9 ай бұрын
Terima kasih che nom tlg buat video dan resepi ni. Sy kat NZ tgh mengidam mkn singgang. Takde restoran jual singgang. Terpaksa buat sendiri. Nasib baik ada resepi Che Nom.
@suemohd2229
@suemohd2229 3 ай бұрын
@PancakeTopp, maaf side track sikit - pat NZ ada tak muslim travel agencies? Bole recommend. Thanks in advance
@saadiahmohamed
@saadiahmohamed 2 ай бұрын
6:56
@billiondollababe
@billiondollababe 2 жыл бұрын
La Che Nom, says baru je masak Singgang Kepala & Ekor Tenggiri haha🥹 Memang nostalgic… 👍🏼
@azaliahlia4883
@azaliahlia4883 11 ай бұрын
Assalamualaikum Terima kasih C,nom kongsi resepi nanti saya nak masak untuk mkn tengah hari 😊
@yusnamyff7158
@yusnamyff7158 2 жыл бұрын
Sedapnya masak singgang .. rasa yg masam2 yg membuka selera. Terbaik Che Nom. 👍👍😍
@saifulmatzin6325
@saifulmatzin6325 2 жыл бұрын
Nampak simple, tapi lauk ni lah buat nasi seperiuk tak cukup HA HA HA
@wawayusof2556
@wawayusof2556 2 жыл бұрын
Wahhhh…Che Nom…Tq Sahring…Mmg Sesuai Sangat Dengat Menu Wawa Tengah Diet…🥰🥰🥰
@abbitbunny
@abbitbunny 2 жыл бұрын
Wah, menu nostalgia. Mak saya pun suka masak ikan sup macam ni tapi dia panggil masak terjun sebab dia tak guna bahan banyak. Tapi sedap sangat, dia guna belimbing untuk ganti sayur tu 😊
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Comel pula masak terjun. hihi
@ETYIS55
@ETYIS55 2 жыл бұрын
Saya klu masak mcm ni suami mesti ckp lauk org sakit😊
@shafifiumiraabdkarim5650
@shafifiumiraabdkarim5650 8 ай бұрын
Rweuy😅eu😂😂1
@eikorina
@eikorina Жыл бұрын
Mungkin sbb term "kunyit mati" tu utk serbuk kunyit...😜 jdnya utk yg batang mcm tu kita panggil kunyit hidup...hehehe
@OcatSama
@OcatSama 2 ай бұрын
Ikan kembong Cili Serai Kunyit hidup Lengkuas Halia Bawang merah Bawang putih Ikan bilis
@fauzitumin6337
@fauzitumin6337 2 жыл бұрын
Pertama
@Robin-Shin
@Robin-Shin 2 жыл бұрын
Agak popular kalau ikan singgang ni, mesti kita xlari pernah makan menu ni, kali ni che nom buat ikan kembung lak, nice~ Saya xde la penggemar ikan singgang, layan je kalau mak masak, auuummm~😅
@mynameissuria7391
@mynameissuria7391 2 жыл бұрын
Menu diet tapi makan nasi berpinggan2. Cano tu. Singgang ikan memang terbaik.
@Jaguar10My
@Jaguar10My 2 жыл бұрын
TAK SEDAPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPPP
@sainahusman6277
@sainahusman6277 2 жыл бұрын
Assalamualaikum kak saya nak jual baju kurung sy sy nak guna duit beli susu anak sy jual murah jak kak😔
@imrantijani1599
@imrantijani1599 Жыл бұрын
Waalaikumsalam narayang mami.. suamik mu mana apa pon ku doakn agar kau sihat selalu ya
@irfansyah9929
@irfansyah9929 Жыл бұрын
Waalaikumussalam wbt...macam mana sekarang?
@stevenrajj9922
@stevenrajj9922 2 жыл бұрын
Sy baru umur sepuluh sy suka tengok video che nom sy suka che nom potong sayur sayur cantik che nom potong mesti kena try
@wanainwazwi734
@wanainwazwi734 8 ай бұрын
Che nom..request resepi singgang ayam pulak ya..saya selalu buat..anak3 memang favorite sgt dish ni..simple tp sedap..❤❤..bertambah3 nasi kalau buat singgang ayam @ daging..❤
@lindmohamad3726
@lindmohamad3726 4 ай бұрын
Assalamualaikum. Teringin pula.... boleh share ke.. Mcmana hdk buat singgang ayam / daging, boleh puan berbahagi resipi.. ada tambahan bahan selain di atas ke..
@shazlansaleh2080
@shazlansaleh2080 2 жыл бұрын
Hadir....paling suke lauk ni....ingat lgi zaman kecik2 sllu la lauk ni dgn budu perah limau....x pun kpla ikan tongkol singgang badan dye grg....pergh cicah budu...mkn nasi panas....mkn plak ramai2....padu
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
berebut kuah. hehe
@shazlansaleh2080
@shazlansaleh2080 2 жыл бұрын
@@CheNom lepas hbis mkn hirup kuah.....dlm pinggan
@omnasomnas7542
@omnasomnas7542 2 жыл бұрын
Terima kasih kerana berkongsi resepi. Mmg kegemaran kami ni.😋🥰
@nooraine8307
@nooraine8307 2 жыл бұрын
Mkn lauk ni x ckup sepinggan nasi,sdp sgt ni terimaksh share resepi yg ringkas & sdp ni Che Nom
@azimahnur4870
@azimahnur4870 Жыл бұрын
terima kasih share resepi ni.. walaupn simple tp membuka selera utk org sakit.. alhamdulillah
@umimaisarah1836
@umimaisarah1836 2 жыл бұрын
Singgang respi yang mudah,senang buat,tpi klu mkn nc msti bertambah punya,
@julialang4236
@julialang4236 Жыл бұрын
Mantap sedapnya masak yg. Masam 2. Yg membuka selera. Terbaik 👍👍 kak non👍👍🙏🔥
@elisyamaisara9758
@elisyamaisara9758 2 жыл бұрын
che nom Share resepi biskut bangkit cheese boleh
@biskot7010
@biskot7010 15 күн бұрын
Allahumma solli a'la Muhammad
@aishahjaamat57
@aishahjaamat57 Жыл бұрын
Saya xbubuh halia....nt nak cuba buat mcm che nom
@rohadihussain6417
@rohadihussain6417 2 жыл бұрын
Alhamdulillah. Terima kasih menu simple masak ikan kembung masak singgang, enak banget citarasa nya!😋😋😋
@jazlihafiz9047
@jazlihafiz9047 Жыл бұрын
kalau tengah puasa tak boleh nak rasa la cik nom
@Syafini7887
@Syafini7887 2 жыл бұрын
Waalaikumsalam che nom ♥️🌹 pd sya ikan kembung lah ikan yg paling sesuai n lazat dimsk singgang boleh mnmbh nasi,tak risau sbb dia pun mcm menu diet juga hihi...mekaseh resepinya yee che nom lps ney sya nk cuba msk singgang ikan kembung cara che nom 👍👍👍🤗
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Selamat mencuba Delia 😊
@muntamah06
@muntamah06 2 жыл бұрын
Mantap banget terima kasih resepnya sahabatku
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Terima kasih sahabat
@anchoranchor7117
@anchoranchor7117 2 жыл бұрын
Terima kasih che nom.kalau tak de selera makan inilah yang buat selera makan.. Terima kasih che nom kongsi resepi. Semoga che nom berjaya dunia dan akhirat... ❤️❤️❤️❤️❤️
@irfan_hadif
@irfan_hadif 2 ай бұрын
Trima KSH resep nye
@travelandfoodislife
@travelandfoodislife 2 жыл бұрын
yum! thanks for all your amazing recipes, I really enjoy watching and making, my time spent in Malaysia was fantastic!
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Glad you like them! 👌
@pocobestdevice8984
@pocobestdevice8984 2 жыл бұрын
Aslm Che Nom, boleh x saya nak request, boleh x buat kan content murtabak dan murtabak cheese , sbb biasanya saya lebih suka content che nom dalam memasak, tolong ye buatkan konten murtabak dan murtabak cheese... saya mmg viewers dan subscriber che nom.
@samsulbahari4925
@samsulbahari4925 2 жыл бұрын
Nak confirm Che Nom...ni ,singgang ke pindang? Confusius saya...
@CheNom
@CheNom 2 жыл бұрын
Mana2 pun boleh
@lubnamehmood9545
@lubnamehmood9545 2 жыл бұрын
Looks so dirty....🤮🤮🤮 Never clean the fish.... Just Cooked it as it is....!!🤮🤮
@inezy6329
@inezy6329 Жыл бұрын
The fish had already been gutted, cleaned with salt and tamarind paste and rinsed..She does not have to show the process coz we already know how it is done..
@AmmarImaniLotfi
@AmmarImaniLotfi Жыл бұрын
Siap msak resepi ikan singgang che nom..menjadi🎉🎉.. alhamdulillah.terima kasih che nom ❤
@opahumi987
@opahumi987 Жыл бұрын
Sedapnya...tapi resepi asal tiada gula sebenarnya..nanti tlajak gula jadi pindang masam manis😂 asam pedas, gulai tempoyak pun manis klau mkn dluar😢
SINGGANG ATAU PINDANG IKAN KEMBUNG | Menu Sihat Membuka Selera
6:19
Singgang Ikan Tongkol menu rahsia panjang umur?
6:28
Che Nom
Рет қаралды 99 М.
Watermelon magic box! #shorts by Leisi Crazy
00:20
Leisi Crazy
Рет қаралды 11 МЛН
哈莉奎因怎么变骷髅了#小丑 #shorts
00:19
好人小丑
Рет қаралды 53 МЛН
WORLD BEST MAGIC SECRETS
00:50
MasomkaMagic
Рет қаралды 54 МЛН
LIFEHACK😳 Rate our backpacks 1-10 😜🔥🎒
00:13
Diana Belitskay
Рет қаралды 3,9 МЛН
Siakap Kengsom Thai & Cara Betul Potong Nanas.
9:03
Che Nom
Рет қаралды 768 М.
SINGGANG IKAN PALING MUDAH NAK MASAK!
3:05
Dapur Biru
Рет қаралды 4 М.
Gulai Ikan Kembung sedap melambung
8:26
Che Nom
Рет қаралды 173 М.
CARA SINGGANG IKAN TRENGGANU SEDAP DAN BERKHASIAT
7:56
Nasiah Tahir
Рет қаралды 8 М.
Ikan Bakar Cicah Air Asam | Menambah-nambah nasik..
9:12
Che Nom
Рет қаралды 854 М.
Asam Rebus Ikan Kembung | Masak Apa Cik Dayang? (EP2)
12:07
Dekad Media Pro
Рет қаралды 224 М.
Singgang Fish
4:59
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 226 М.
Ikan Tenggiri Masak Cuka, cukup rasa masam pedas.
8:12
Che Nom
Рет қаралды 645 М.
Ikan Kembung Air Asam
7:10
Dapur Umie
Рет қаралды 124 М.
Watermelon magic box! #shorts by Leisi Crazy
00:20
Leisi Crazy
Рет қаралды 11 МЛН