Рет қаралды 16,300
Potong Peria bulat bulat jangan terlalu nipis atau terlalu tebal yea . Biji jangan dibuang, kita biar biji sebab boleh dimakan selepas digoreng. Chef pakai 250g Peria cukup untuk 3-4 org, so sukatan dia pun untuk 250g . Kalau nak lebih boleh gandakan dua kali atau 3 kali.
Lepas potong bagi cuci bersih lepas tu bagi keringkan dgn tuala bersih atau tissue dapur .
masukkan Peria kedalam sebuah mangkuk, lepas masukkan
½sk Serbuk Ketumbar
½sk Serbuk Jintan Putih
½sk Serbuk Jintan manis
½sk Serbuk kunyit
1½Serbuk cili
½sk garam
1sd tepung beras
1sd tepung jagung
1sd tepur gandum
2sd minyak masak
bagi Gaul hingga rata . kalau terlalu kering boleh renjiskan sedikit air jgn terlalu banyak yea
Panas minyak dalam kuali, bila minyak dah panas masukkan peria yg digaul dgn tepung tadi dan goreng hingga garing . lepas peria dah garing boleh angkat dan toskan . makan peria goreng bersama nasi atau makan begitu saja memang surrrr
tolong subscribe channel chef
/ @chefanandpusudoray7388
peace ✌️